Wednesday, December 10, 2025

Bekalan Beras Putih Tempatan Tersedia Di Pasar Raya Seluruh Negara – Mohamad Sabu

March 14, 2025
1 min read

KOTA BHARU, 13 Mac (Bernama) — Bekalan beras putih tempatan (BPT) kini tersedia di pasar raya di seluruh negara, kata Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu.

Beliau berkata Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) mengambil langkah penyelesaian sementara bagi memastikan bekalan beras tempatan mencukupi untuk pengguna.

“Bekalan beras tempatan sudah berada dalam pasaran dan terkawal mengikut jadual.

“Masalah bekalan makanan di dunia ini tidak akan selesai sampai bila-bila, tetapi ini adalah penyelesaian sementara yang kita laksanakan,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis iftar bersama warga KPKM Inc di sini hari ini.

Pada 1 Mac lepas, KPKM memaklumkan Pasukan Petugas Khas Bersepadu Operasi BPT mendapati punca kekurangan bekalan disebabkan oleh masalah struktur harga belian padi, kos pengeluaran dan harga siling BPT.

Selain itu, kementerian berkenaan memaklumkan ia juga disebabkan oleh tiada peruntukan khusus mengenai larangan percampuran beras dalam Akta Kawalan Padi dan Beras 1994 (Akta 522).

Pada 3 Mac lepas, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengarahkan KPKM untuk menyegerakan usaha pemulihan bekalan BPT di pasaran.

Setiausaha Akhbar Kanan Perdana Menteri Tunku Nashrul Abaidah dilapor berkata Perdana Menteri juga mengarahkan KPKM supaya memaklumkan perkembangan berkaitan pemulihan bekalan BPT secara berkala kepada rakyat.

Sumber: BERNAMA

Jemput subscribe Youtube rasmi Malaysian Update DI SINI

Follow Malaysian Update di Tiktok untuk lebih video DI SINI

Dapatkan berita terkini dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI

HANGAT MINGGU INI

Tabungan Haji Masih Utuh Walaupun Berlumpur, Pasangan Ini Luah Rasa Syukur Selepas Banjir

ACEH – Tular di media sosial apabila sepasang suami isteri berkongsi detik

Aceh Dilanda Banjir Lumpur, Dakwaan Bantuan Pertama Datang Dari Malaysia Tular di Media Sosial

ACEH – Banjir besar yang melanda Aceh terus meninggalkan kesan yang menyentuh