Connect with us

Jenayah

Warga Emas Ditemukan M*ut, Dipercayai Dib*nuh

KUALA LUMPUR, 14 Mac (Bernama) — Mayat warga emas dipercayai dibunuh ditemukan di sebuah rumah di Kampung Baru Puchong, Selangor, semalam.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya ACP Wan Azlan Wan Mamat berkata mayat lelaki berusia lingkungan 70-an itu ditemukan seorang wanita tempatan kira-kira 3 petang selepas menghidu bau busuk dari rumah mangsa.

“Hasil siasatan awal pihak forensik mendapati terdapat kecederaan pada bahagian kepala, telinga dan bahagian belakang badan mangsa,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Beliau berkata mayat telah dihantar ke Hospital Sultan Idris Shah, Serdang untuk proses bedah siasat bagi mengetahui punca kematian.

Advertisement

Wan Azlan berkata hasil pemeriksaan mendapati telefon bimbit mangsa tidak dijumpai namun tiada barangan lain yang hilang dari rumah berkenaan.

Beliau berkata siasatan dijalankan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu diminta menghubungi pegawai penyiasat ASP R. Ray Erindra Raj di talian 019-6616640 atau balai polis berhampiran.

Sumber: BERNAMA

Jemput subscribe Youtube rasmi Malaysian Update DI SINI

Follow Malaysian Update di Tiktok untuk lebih video DI SINI

Advertisement

Dapatkan berita terkini dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel