Connect with us

Jenayah

Lelaki Cederakan Pelajar Sekolah Kerana Selisih Faham Memandu Ditahan

Seorang penasihat agensi pelancongan telah ditahan selepas disyaki mencederakan seorang pelajar sekolah menengah akibat perselisihan faham semasa memandu dalam kejadian di Saujana Impian, Kajang, petang semalam.

Ketua Polis Daerah Kajang ACP Naazron Abdul Yusof berkata pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu pada pukul 9.24 malam tadi daripada seorang remaja lelaki berusia 17 tahun yang mendakwa dipukul oleh seorang lelaki tidak dikenali.

Menurutnya siasatan awal mendapati kejadian itu berlaku pada pukul 2.15 petang akibat perselisihan faham ketika kedua-dua individu berkenaan sedang memandu di kawasan Saujana Impian.

“Akibat kejadian itu, remaja lelaki tersebut mengalami retak pada tulang batang hidung dan mendapatkan rawatan di Hospital Kajang.

Advertisement

“Siasatan juga mendapati remaja terbabit tidak mempunyai lesen memandu dan telah dikenakan tindakan saman trafik,” katanya dalam kenyataan semalam.

Susulan kejadian itu, Naazron berkata seorang lelaki berusia 39 tahun ditahan di sekitar Kajang, Selangor, pada pukul 9.50 malam semalam bagi membantu siasatan.

Katanya kes disiasat mengikut Seksyen 325 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan serta Seksyen 279 Kanun Keseksaan kerana memandu secara gopoh sehingga menyebabkan kemudaratan kepada orang lain.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian boleh menghubungi balai polis berhampiran atau pegawai penyiasat, Insp E.N. Chalart Cinda di talian 017-9825510 bagi membantu siasatan.

Terdahulu, tular video berdurasi 34 saat yang memaparkan seorang pelajar lelaki berlumuran darah di bahagian hidung di dalam sebuah kereta selepas dipercayai dipukul oleh seorang individu.

Advertisement

Sumber: BERNAMA

Jemput subscribe Youtube rasmi Malaysian Update DI SINI

Follow Malaysian Update di Tiktok untuk lebih video DI SINI

Dapatkan berita terkini dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI

Advertisement
Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel