Friday, December 12, 2025

Pemilik Kapal Buat Laporan Polis Terhadap NGO Semboyan Malaysia

March 15, 2025
1 min read

Tular ketika ini isu pemilikan kenderaan yang telah mencetuskan ketegangan antara pemilik kapal, MV Malaysia Star dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Semboyan Malaysia.

MV Malaysia Star telah membuat laporan polis apabila mendakwa kumpulan NGO itu menceroboh fasiliti penyimpanan dan mengambil beberapa kenderaan tanpa kebenaran.

Menurut laporan Harian Metro, Peguam yang mewakili pemilik kapal, Jeremy M Joseph berkata, kejadian berlaku di VV eMall, Jalan Bayu Laut, Kota Bayuemas, Pendamar Klang.

“Dengan dukacitanya, kami ingin memaklumkan kepada orang awam bahawa seorang individu yang dikenali sebagai Yusuf Azmi dan kumpulan aktivis yang dikenali sebagai Semboyan Malaysia menceroboh masuk ke dalam Fasiliti Penyimpanan itu dan mencuri sejumlah kenderaan yang belum dikenal pasti,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau mendakwa, tindakan ini adalah suatu perbuatan jenayah yang melanggar hak undang-undang pemilik kapal, dan adalah suatu tindakan yang tidak berpatutan.

“Laporan polis sudah dibuat terhadap Yusuf Azmi dan kumpulan aktivis Semboyan Malaysia,” katanya.

Katanya, susulan itu, pemilik kapal akan mengkaji semua tindakan undang-undang yang tersedia, sama ada dalam bentuk tindakan sivil ataupun jenayah.

Sumber: Harian Metro

Jemput subscribe Youtube rasmi Malaysian Update DI SINI

Follow Malaysian Update di Tiktok untuk lebih video DI SINI

Dapatkan berita terkini dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI

HANGAT MINGGU INI

Langkah Perlahan Seorang Ayah Penghidap Parkinson Undang Air Mata di Majlis Perkahwinan Anak

MANILA – Dalam suasana majlis perkahwinan yang penuh bahagia itu, para tetamu

PU Rahmat Ikhsan Tular di Aceh – Momen Sebak Sukarelawan Malaysia Santuni Mangsa Banjir

SUMATERA – Bumi Aceh kini berdepan salah satu bencana terburuk dalam tempoh