Connect with us

Global

Pempengaruh Media Sosial M*ut Ditik*m Ketika Penstriman Langsung Ditempat Awam

TOKYO: Seorang pempengaruh media sosial yang dikenali sebagai Airi Sato berusia 22 tahun dilaporkan maut selepas ditikam ketika bersiaran langsung di Shinjuku Ward, Jepun, pada Selasa lalu.

Kejadian tragis itu berlaku sekitar jam 9:50 pagi di kawasan kediaman berhampiran sebuah stesen kereta api.

Suspek iaitu Kenichi Takano berusia 42 tahun mendakwa mangsa telah berhutang sebanyak 2 juta yen (RM59,828) dan tidak dapat menerima hakikat bahawa Airi memperoleh wang yang banyak tanpa melunaskan hutangnya kembali.

Rakaman siaran langsung selepas serangan itu tersebar di aplikasi X, dengan bunyi siren polis jelas kedengaran sebelum siaran itu terhenti secara tiba-tiba.

Advertisement

Beberapa orang saksi di tempat kejadian berkata mereka mendengar Airi menjerit meminta pertolongan dan turut menyaksikan serangan yang menyebabkan tubuh mangsa berlumuran darah.

Seorang saksi, lelaki berusia 50-an berkata, dia mendengar jeritan meminta tolong sebelum melihat seorang wanita terbaring di jalan kira-kira 300 meter dari stesen kereta api yang sibuk itu.

Seorang lagi saksi, wanita berusia 40-an, menyatakan bahawa dia melihat seorang lelaki memakai topi hitam dan topeng memukul mangsa sebelum dia rebah ke tanah.

Selepas itu, lelaki tersebut menghalakan telefon pintarnya ke arah tubuh mangsa yang tidak berdaya.

Saksi turut melaporkan bahawa suspek kelihatan tenang berdiri berdekatan mangsa selepas serangan itu.

Advertisement

Susulan itu, Polis Metropolitan Tokyo menahan suspek yang merupakan lelaki berusia 42 tahun di tempat kejadian.

Ketika ditangkap, suspek memiliki dua bilah pisau, satu daripadanya ditemui berlumuran darah di kakinya, manakala satu lagi disimpan dalam beg galasnya.

Suspek juga mengakui menjejaki lokasi Airi melalui siaran langsungnya.

Difahamkan keadaan mangsa ditemui dengan kesan tikaman di kepala, leher dan perut sebelum disahkan meninggal dunia di hospital.

Pihak polis kini dilaporkan sedang menyiasat dengan lebih lanjut motif sebenar kejadian selepas mangsa ditikam lebih daripada 30 kali dan akan mendakwa suspek atas tuduhan membunuh dengan sengaja.

Advertisement

Jemput subscribe Youtube rasmi Malaysian Update DI SINI

Follow Malaysian Update di Tiktok untuk lebih video DI SINI

Dapatkan berita terkini dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI

Advertisement
Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel