Wednesday, December 10, 2025

Amerika Syarikat Lancar Misi Ke ISS, Bawa Pulang Dua Angkasawan

March 17, 2025
1 min read

LOS ANGELES: Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA) dan SpaceX melancarkan misi baharu membabitkan penyertaan angkasawan ke Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS) pada Jumaat, langkah penting bagi membawa pulang dua angkasawan NASA, Suni Williams dan Butch Wilmore yang terperangkap di angkasa sejak Jun lalu, lapor Xinhua.

Kapal angkasa itu berlepas menggunakan roket SpaceX Falcon 9 dari Pusat Angkasa Kennedy NASA di Florida pada 7.03 malam waktu Timur, menurut siaran langsung NASA.

Kira-kira dua setengah minit kemudian, SpaceX mengesahkan pemisahan peringkat pertama Falcon 9.

Bahagian itu kemudian mendarat di Zon Pendaratan 1, berhampiran tapak pelancaran.

Kapal angkasa kini dalam perjalanan ke ISS dan dijangka mengambil masa sekitar 28.5 jam untuk berlabuh secara automatik di stesen angkasa, yang dijadualkan pada 11.30 malam Sabtu waktu Timur, menurut NASA.

Misi baharu yang diberi nama kod “Crew-10” membawa angkasawan NASA, Anne McClain dan Nichole Ayers, angkasawan Agensi Eksplorasi Aeroangkasa Jepun (JAXA), Takuya Onishi, serta angkasawan Roscosmos, Kirill Peskov ke ISS.

Selepas ketibaan Crew-10 di makmal orbit itu, misi Crew-9 yang terdiri daripada angkasawan NASA Nick Hague, Suni Williams, Butch Wilmore, serta angkasawan Roscosmos, Aleksandr Gorbunov akan kembali ke Bumi.

Williams dan Wilmore sebelum ini terkandas di angkasa sejak Jun tahun lalu akibat masalah teknikal pesawat Starliner milik Boeing.

Sumber: BERNAMA

Jemput subscribe Youtube rasmi Malaysian Update DI SINI

Follow Malaysian Update di Tiktok untuk lebih video DI SINI

Dapatkan berita terkini dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI

HANGAT MINGGU INI

Tabungan Haji Masih Utuh Walaupun Berlumpur, Pasangan Ini Luah Rasa Syukur Selepas Banjir

ACEH – Tular di media sosial apabila sepasang suami isteri berkongsi detik

Aceh Dilanda Banjir Lumpur, Dakwaan Bantuan Pertama Datang Dari Malaysia Tular di Media Sosial

ACEH – Banjir besar yang melanda Aceh terus meninggalkan kesan yang menyentuh