Connect with us

Terkini

15 Warga Bangladesh Cuba Bolos Sebagai Pemain Kriket Ditahan Di KLIA – AKPS

PUTRAJAYA, 18 Mac (Bernama) — Sebanyak 15 lelaki warga Bangladesh yang cuba memasuki negara ini dengan menyamar sebagai pasukan kriket, ditahan dalam satu pemeriksaan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) semalam.

Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS) memaklumkan, kumpulan berkenaan cuba mengaburi mata pegawai agensi itu dengan berpakaian seragam sukan kriket dan mengemukakan surat penganjuran kejohanan.

Bagaimanapun, menurut AKPS hasil siasatan mendapati surat yang kononnya dikeluarkan Persatuan Kriket Pulau Pinang itu, adalah palsu.

“Tiada sebarang kejohanan kriket dijadualkan berlangsung dari 21 Mac hingga 23 Mac 2025 seperti tercatat,” menurut kenyataan itu di sini hari ini.

Advertisement

AKPS memaklumkan lebih mencurigakan lagi apabila mereka cuba mendapatkan seorang penaja sebagai penjamin.

“Namun, ‘penjamin’ yang hadir mengaku tidak mempunyai sebarang maklumat mengenai kejohanan kriket tersebut dan hanya hadir sebagai wakil syarikat,” menurut kenyataan itu.

AKPS memaklumkan lebih mencurigakan lagi apabila mereka cuba mendapatkan seorang penaja sebagai penjamin.

“Namun, ‘penjamin’ yang hadir mengaku tidak mempunyai sebarang maklumat mengenai kejohanan kriket tersebut dan hanya hadir sebagai wakil syarikat,” menurut kenyataan itu.

Kenyataan AKPS itu memaklumkan pemeriksaan lanjut mendapati tiada bukti kukuh mereka pemain kriket dan berkemungkinan mereka sebahagian daripada sindiket yang cuba menyamar sebagai pemain kriket untuk memasuki Malaysia atas tujuan lain.

Advertisement

Menurut kenyataan itu keputusan diambil agar kumpulan terbabit tidak dibenarkan mendarat (NTL) dan tindakan lanjut akan diambil mengikut peraturan imigresen yang berkuat kuasa.

“AKPS turut memberi amaran bahawa tindakan tegas akan diambil kepada mana-mana individu atau sindiket yang cuba menyalahgunakan visa sukan untuk tujuan berbeza seperti bekerja secara tidak sah atau pemerdagangan manusia,” menurut kenyataan itu.

Sumber: BERNAMA

Jemput subscribe Youtube rasmi Malaysian Update DI SINI

Follow Malaysian Update di Tiktok untuk lebih video DI SINI

Advertisement

Dapatkan berita terkini dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel