Connect with us

Global

Tiga Polis Indonesia Terkorban Ketika Serbu Sarang Judi Sabung Ayam

Tiga anggota polis Indonesia maut ketika melakukan serbuan ke atas pusat perjudian sabung ayam haram di daerah Way Kanan, wilayah Lampung, yang terletak di hujung selatan Pulau Sumatera.

Ketiga-tiga anggota terbabit ditembak oleh individu tidak dikenali pada malam Isnin ketika mereka berada di Kampung Karang Manik, mukim Negara Batin.

Menurut kenyataan polis, semua mangsa cedera parah akibat tembakan di kepala dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Mangsa yang terkorban dikenal pasti sebagai Ketua Polis Negara Batin, Insp Lusiyanto; serta dua anggota dari Unit Siasatan Jenayah Way Kanan, Petrus Apriyanto dan Ghalib Surya Ganta.

Advertisement

Jurucakap Polis Lampung, Yuni Iswandari, memaklumkan seramai 17 anggota dikerah ke lokasi terbabit selepas menerima laporan berhubung aktiviti perjudian haram.

“Ketika tiba di lokasi, pasukan kami diserang individu tidak dikenali, mengakibatkan tiga pegawai terkorban ketika menjalankan tugas,” katanya.

Mayat mangsa kemudian dihantar ke Hospital Polis Lampung untuk bedah siasat.

Yuni berkata, pegawai kanan polis Lampung turun ke lokasi kejadian bagi mempercepatkan siasatan dan memburu pihak yang bertanggungjawab.

Sabung ayam masih berleluasa di beberapa kawasan di Indonesia, sering dikaitkan dengan rangkaian perjudian tanpa lesen.

Advertisement

Pihak berkuasa kerap mengadakan operasi bagi membanteras kegiatan itu.

Indonesia menguatkuasakan undang-undang ketat terhadap perjudian, dengan Artikel 303 Kanun Jenayah menetapkan hukuman berat terhadap mereka yang terlibat dalam penganjuran atau penyertaan aktiviti itu.

Sumber: Bernama

Jemput subscribe Youtube rasmi Malaysian Update DI SINI

Follow Malaysian Update di Tiktok untuk lebih video DI SINI

Advertisement

Dapatkan berita terkini dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel