Connect with us

Sukan

Saharudin Meninggal Dunia Pada Usia 84 Tahun

KUALA LUMPUR — Malaysia kehilangan seorang lagi ikon sukan selepas legenda berbasikal negara Saharudin Jaffar menghembuskan nafas terakhir pada usia 84 tahun petang semalam.

Anak sulung Allahyarham Suhaimi Saharudin, 55, mengesahkan berita duka itu ketika dihubungi Bernama, dengan memaklumkan bapanya mengalami komplikasi ketika menjalani rawatan dialisis pada pagi.

“Ayah pergi menjalani rawatan dialisis macam biasa sekitar pukul 9 atau 10 pagi tapi sampai dekat sana macam sudah pengsan, jadi jururawat terus panggil ambulans dan bawa ke Hospital Shah Alam.

“Bila sampai doktor kata jantung ayah sudah berhenti dan bila cuba pakai alat bantuan pernafasan semua pun tak boleh sedarkan dan ayah pergi sekitar pukul 2.17 petang,” katanya.

Advertisement

Suhaimi mengakui pemergian bapanya yang pernah mencipta sejarah sebagai pemenang pingat emas pertama Sukan Semenanjung Asia Tenggara (SEAP) 1965 memberikan kesan mendalam, lebih-lebih lagi kerana esok sepatutnya ulang tahun perkahwinan ibu dan bapanya yang ke-58.

“Ibu saya, Hasmah Ibrahim kini sudah berusia 81 tahun. Sebelum ini, ayah walaupun sudah berusia tetap berpuasa, bersenam dan gemar berkebun. Namun, masalah dialisis kalau terlampau haus tak elok untuk buah pinggang,” katanya.

Jenazah Allahyarham disolatkan di Surau Seksyen 8 Shah Alam sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Seksyen 21 Shah Alam hari ini.

Sumber: BERNAMA

Jemput subscribe Youtube rasmi Malaysian Update DI SINI

Advertisement

Follow Malaysian Update di Tiktok untuk lebih video DI SINI

Dapatkan berita terkini dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel