Mahkamah Majistret Johor Bahru hari ini melepaskan tanpa membebaskan warga emas yang menampar pemuda bukan Muslim di kedai serbaneka sebuah pusat beli-belah.
Menurut laporan Sinar Harian, keputusan dibuat Majistret A Shaarmini selepas Timbalan Pendakwa Raya, Nur Fatihah Mohd Nizam memaklumkan kepada mahkamah berhubung arahan terbaharu untuk merujuk semula kertas siasatan kes berkenaan ke Jabatan Peguam Negara di Putrajaya.
Sebelum itu, kes berkenaan telah didengar dan kertas pertuduhan dibacakan di hadapan Orang Kena Saman (OKS), Abdul Razak Ismail, 65.
Abdul Razak dibebaskan tanpa dilepaskan oleh Mahkamah Majistret Johor Bahru atas pertuduhan menampar pemuda bukan Muslim di kedai serbaneka di sebuah pusat beli-belah, Ahad.
Abdul Razak didakwa dengan sengaja mendatangkan kecederaan terhadap seorang pemuda berusia 21 tahun di sebuah premis kedai serbaneka di sebuah pusat membeli-belah di sini kira-kira jam 3.45 petang, Ahad lalu.
Dia dituduh mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan, yang membawa hukuman penjara maksimum setahun atau denda RM2,000 atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.
Berdasarkan fakta kes, kejadian berlaku apabila Abdul Razak bertindak menampar pipi kanan mangsa dan pegawai kesihatan mengesahkan mangsa mengalami lebam di pipi.
Bagaimanapun, Abdul Razak kemudian menyatakan beberapa fakta yang dibacakan adalah tidak tepat.
“Masa tak betul. Saya tampar, tapi tak sampai lebam,” katanya.
Namun, apabila majistret bertanya semula kepada Abdul Razak sama ada mahu dibicarakan, OKS kemudian mengaku bersalah walaupun tidak bersetuju dengan fakta kes yang dibacakan.
Keadaan itu menyebabkan majistret menolak pengakuan bersalah OKS berkenaan.
“Saya terpaksa menolak pengakuan bersalah bersyarat dibuat OKS kerana pengakuan bersalah seharusnya dibuat tanpa bersyarat,” kata majistret.
Mahkamah Majistret di sini pada Rabu melepas tanpa membebaskan (DNAA) seorang warga emas yang menampar seorang lelaki bukan Muslim di sebuah kedai serbaneka di pusat membeli-belah di sini pada Ahad lalu.
Bagaimanapun, ketika Timbalan Pendakwa Raya sedang berhujah untuk menetapkan jaminan tertuduh, beliau memaklumkan mendapat arahan terbaharu daripada Pejabat Peguam Negara yang mengarahkan untuk mengklasifikasikan kes berkenaan sebagai DNAA.
Majistret kemudian bertanya sama ada kes berkenaan akan dituduh semula sebelum Timbalan Pendakwa Raya memaklumkan mahkamah bahawa kes itu akan dituduh semula selepas Pejabat Peguam Negara di Putrajaya meneliti semula kertas siasatan.
Terdahulu tular video di media sosial apabila seorang pemuda ditegur warga emas kerana makan secara terbuka ketika umat Islam berpuasa di pusat beli-belah di sini.
Namun berlaku ketegangan apabila warga emas itu meminta pemuda terbabit menunjukkan kad pengenalan bagi membuktikan dia bukan beragama Islam.
Pemuda terbabit yang enggan menunjukkan kad pengenalannya mendakwa ditampar warga emas terbabit beberapa kali.
Sumber: Sinar Harian
Jemput subscribe Youtube rasmi Malaysian Update DI SINI
Follow Malaysian Update di Tiktok untuk lebih video DI SINI
Dapatkan berita terkini dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI