Saturday, October 25, 2025

‘Bella Wanita Luar Biasa, Saya Terhutang Budi’- Syed Saddiq

March 22, 2025
1 min read

“Dia wanita luar biasa,” demikian reaksi Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman terhadap penyanyi dan pelakon, Bella Astillah.

“Terima kasih dan saya terhutang budi,” ucap Syed Saddiq lagi.

Terdadulu Bella Astillah yang manis berbaju kurung menjadi tumpuan ramai ketika hadir menyatakan sokongan terhadap Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman pada rabu lepas.

Sebelum ini, Hakim Datuk Azhar Abdul Hamid telah menjatuhkan hukuman penjara tujuh tahun dan dua sebatan serta denda RM10 juta selepas mendapati ahli politik muda itu bersalah atas empat pertuduhan melakukan pecah amanah, salah guna harta dan pengubahan wang berkaitan dana ARMADA.

Syed Saddiq kemudiannya memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 9 November tahun lalu.

“Saya tidak minta banyak, hanya kebenaran dan saya yakin bahawa institusi kehakiman yang saya hormati, pertahan dan martabatkan adalah jalan yang terbaik untuk membersihkan nama saya,” katanya lagi.

Mahkamah Rayuan pada khamis lalu menangguhkan prosiding rayuan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman atas faktor kesihatan Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Wan Shaharuddin Wan Ladin.

Penangguhan itu diputuskan panel hakim yang diketuai Datuk Ahmad Zaidi Ibrahim bersama Datuk Azman Abdullah dan Datuk Noorin Badaruddin dan perbicaraan seterusnya akan bersambung pada 17 April 2025.

Sumber: Harian Metro, Astro Awani

Jemput subscribe Youtube rasmi Malaysian Update DI SINI

Follow Malaysian Update di Tiktok untuk lebih video DI SINI

Dapatkan berita terkini dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI

HANGAT MINGGU INI

Doa Jiran ‘Menembusi Langit’, Kisah Safitri Diceraikan Dua Hari Sebelum Suami Dilantik PPPK Raih Simpati Ramai

ACEH – Kisah pilu seorang wanita dari Aceh, Indonesia kembali mengundang sebak

Pegawai Pemerintah Dipecat Gara-Gara Ceraikan Isteri, Shella Saukia Tampil Hulur Bantuan

ACEH – Nama Shella Saukia kembali jadi sebutan di media sosial selepas