Saturday, October 25, 2025

Perselisihan Faham ‘Pak Cik Petai’ Dengan MPPD Diselesaikan Secara Baik

March 22, 2025
1 min read

PORT DICKSON: Perselisihan faham antara ‘Pak Cik Petai’ dengan penguat kuasa Majlis Perbandaran Port Dickson (MPPD) berhampiran sebuah pasar raya di sini yang tular di media sosial baru-baru ini, telah diselesaikan secara baik dan harmoni.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Tanjung Dr G.Rajasekaran menerusi catatan di Facebooknya berkata MPPD bersetuju untuk memberikan lesen sementara kepada peniaga petai berkenaan, Mohd Noor Saad untuk menjalankan perniagaan secara sah.

Beliau berkata Yang Dipertua MPPD Hasnor Abd Hamid dan peguat kuasa terlibat juga sudah bertemu peniaga itu di Kampung Sungai Raya, Pasir Panjang di sini malam tadi.

“Pertemuan ini dapat meredakan ketegangan dan memberikan penyelesaian yang adil kepada semua dan pihak MPPD juga akan terus memantau situasi bagi memastikan tiada lagi isu seumpama ini berlaku pada masa hadapan,” katanya.

Rajasekaran berkata pihaknya turut menyampaikan sumbangan, mewakili Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Aminuddin Harun, sebagai ganti rugi petai yang tidak dapat dijual semalam.

Terdahulu tular sebuah video memaparkan peniaga petai itu mencampak beberapa petai yang dijualnya ke atas jalan.

Tindakan itu dipercayai sebagai protes selepas dihalang berniaga oleh penguatkuasa MPPD dan diarah untuk menghentikan perniagaan yang dibuat di kawasan parkir berhadapan sebuah pasar raya.

Sumber: BERNAMA

Jemput subscribe Youtube rasmi Malaysian Update DI SINI

Follow Malaysian Update di Tiktok untuk lebih video DI SINI

Dapatkan berita terkini dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI

HANGAT MINGGU INI

Doa Jiran ‘Menembusi Langit’, Kisah Safitri Diceraikan Dua Hari Sebelum Suami Dilantik PPPK Raih Simpati Ramai

ACEH – Kisah pilu seorang wanita dari Aceh, Indonesia kembali mengundang sebak

Pegawai Pemerintah Dipecat Gara-Gara Ceraikan Isteri, Shella Saukia Tampil Hulur Bantuan

ACEH – Nama Shella Saukia kembali jadi sebutan di media sosial selepas