Connect with us

Hiburan

Sah Bercerai Kali Kedua, Farid Kamil Dan Diana Danielle Dilihat Bersalaman

Pasangan selebriti, Farid Kamil Zahari, 43, dan Diana Danielle Danny Beeson, 33, hari ini dilaporkan sah bercerai sekali lagi.

Menurut laporan Mstar, peguam syarie Datuk Akberdin Abdul Kader berkata, proses penceraian berlaku secara baik dan masing-masing mahu memberi tumpuan pada anak-anak.

“Kedua-dua pihak telah selesaikan kes penceraian secara baik. Farid telah lepaskan Diana dan telah jatuh talak.”

Sementara itu Diana berkata dia dan Farid dapat terus fokus untuk membina hubungan persahabatan yang lebih baik di antara mereka.

Advertisement

“Kita masing-masing boleh terus fokus pada anak-anak dan boleh fokus untuk bina hubungan bersahabatan yang lebih baik.”

“Yang lebih penting adalah kebaikan untuk anak-anak. Tiada apa lagi yang nak dibahaskan, kes pun sudah selesai.”

Diana juga menjelaskan bahawa dia tidak mahu membesarkan anak-anak mereka berseorangan.

“Walaupun kami dah berpisah, saya tak rela jaga anak seorang diri. Saya tak terfikir nak simpan anak untuk diri sendiri atau menyusahkan pihak bekas suami.”

“Bagi saya, anak-anak perlukan kedua ibu bapa mereka jadi we try to make it easy for them.”

Advertisement

Pasangan berkenaan turut dilihat bersalaman antara satu sama lain selepas sesi bertemu media.

Farid juga dilihat mengucapkan selamat tinggal kepada bekas isterinya itu ketika Diana ingin meninggalkan mahkamah.

Terdahulu pasangan selebriti tersebut telah sah bercerai talak satu dengan dilafazkan oleh Farid pada tanggal 10 Ogos lalu.

Namun, perceraian tersebut dirujuk semula atas persetujuan kedua belah pihak setelah 21 hari berpisah.

Untuk info, pasangan selebriti ini dikurniakan dua cahaya mata iaitu Muhammad yang berusia 11 tahun dan juga Nur Aurora yang kini berusia 9 tahun.

Advertisement
@malaysianupdatenews Farid Kamil Dan Diana Danielle Dilihat Bersalaman Selepas Bercerai. #malaysianupdate #malaysianupdateofficial #malaysianupdatenews #malaysianupdatenews_my #fyp #viral #diana #farid ♬ suara asli – sitiasiyah3205

Jemput subscribe Youtube rasmi Malaysian Update DI SINI

Follow Malaysian Update di Tiktok untuk lebih video DI SINI

Dapatkan berita terkini dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI

Advertisement
Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel