KUALA LUMPUR, 25 Mac (Bernama) — Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini berkata majlis pecah tanah bagi pembinaan masjid di Jalan Masjid India akan diteruskan.
Berucap pada Sambutan Hari Polis Ke-218 di Pusat Latihan Polis (PULAPOL), beliau berkata ia akan dijalankan seperti dirancang Khamis ini walaupun terdapat pandangan berbeza daripada beberapa pihak ketika ini.
“Kawasan-kawasan amalan di situ, masjid-masjid berdekatan, sesak. Perlu ada tempat baharu. Jadi, sebab itu saya akan teruskan untuk meletakkan batu asas di masjid pada 27 hari bulan (Mac) ini.
“Saya minta jawatankuasa kuil sepertimana mereka lakukan, runding dengan baik,” katanya.
Sumber: BERNAMA
Jemput subscribe Youtube rasmi Malaysian Update DI SINI
Follow Malaysian Update di Tiktok untuk lebih video DI SINI
Dapatkan berita terkini dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI
