Friday, December 12, 2025

Polis Miri Tahan Dua Anggota Tentera Berhubung Kematian Prebet

March 27, 2025
1 min read

KUCHING, 25 Mac (Bernama) — Polis Miri menahan dua anggota tentera berpangkat prebet bagi membantu siasatan berhubung kematian Prebet Muhammad Muqriz Aseri di Kem Sri Miri.

Ketua Polis Daerah Miri ACP Alexson Naga Chabu berkata kedua-dua suspek yang berumur 22 dan 24 tahun itu ditahan kira-kira 4.30 petang semalam.

“Mereka kini direman selama tujuh hari hingga 2 April bagi membantu siasatan. Setakat ini, polis telah mengambil keterangan daripada empat individu berkaitan kes terbabit,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.

Alexson berkata kes kini disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana disyaki membunuh dan orang ramai dinasihatkan agar tidak membuat sebarang spekulasi serta memberi ruang kepada pihak berkuasa menjalankan siasatan dengan telus.

Tentera Darat Malaysia (TDM) dalam kenyataan hari ini memaklumkan punca kematian Prebet Muhammad Muqriz, 21, daripada Batalion Ke-20 Rejimen Askar Melayu Diraja (20 RAMD), Kem Sri Miri pada Isnin lepas adalah akibat trauma tumpul pada dada.

Menurut kenyataan itu, berdasarkan laporan awal hasil bedah siasat yang dijalankan di Hospital Miri semalam, hentakan kuat di bahagian badan berkenaan menyebabkan kerosakan pada jantung.

Sumber: Bernama

Jemput subscribe Youtube rasmi Malaysian Update DI SINI

Follow Malaysian Update di Tiktok untuk lebih video DI SINI

Dapatkan berita terkini dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI

HANGAT MINGGU INI

Erra Fazira Sah Bergelar Isteri Ezwan Zain — Majlis Penuh Syahdu di Rinjani Majestic

KUALA LUMPUR – Primadona filem alaf baharu, Erra Fazira, 51, menamatkan status

Tiada Prospek Kejayaan, AGC Tarik Balik Rayuan Terhadap Pembebasan Rosmah

KUALA LUMPUR – Jabatan Peguam Negara (AGC) memutuskan untuk tidak meneruskan rayuan