Friday, December 05, 2025

Kebakaran Putra Heights: Polis Sahkan Terdapat Aktiviti Korek Tanah

April 4, 2025
1 min read

KUALA LUMPUR, 4 April (Bernama) — Polis mengesahkan terdapat aktiviti pengorekan tanah dijalankan bagi menggantikan paip kumbahan 30 meter daripada kawasan insiden kebakaran di Putra Heights, Subang Jaya, pada Selasa lepas.

Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata bagaimanapun ia telah dihentikan pada 30 Mac.

“Kita telah kenal pasti kontraktor dan jentera backhoe bagi kerja ganti paip kumbahan. Malah hasil polis juga mendapati terdapat satu eskavator (jengkaut) yang ada di situ turut terbenam.

“Adakah aktiviti korek tanah ini menyebabkan letupan? Ini perlu dikumpulkan bagi mendapatkan keterangan adakah korek tanah itu menyebabkan letupan itu berlaku,” katanya pada sidang media di lokasi kejadian di sini hari ini.

Dalam pada itu, Hussein berkata polis telah membuka satu kertas siasatan bagi menyiasat sekiranya terdapat unsur jenayah melibatkan elemen khianat dan kecuaian.

Beliau berkata setakat ini pihaknya telah merakam 56 keterangan termasuk mangsa, pemaju, kontraktor serta saksi pada hari kejadian.

“Empat kontraktor dan empat sub kontraktor telah dipanggil bagi dirakam keterangan dan siasatan bagi mengetahui sedalam mana mereka korek tanah untuk pasang paip kumbahan itu.
“Kita juga telah kenal pasti saksi utama iaitu seorang pengawal keselamatan kedai lot yang berada 30 meter dari tempat letupan yang turut menyebabkan kecederaan kepada mangsa,” katanya.
Hussein berkata setakat ini tiada mangsa dilaporkan meninggal dunia dalam kejadian terbabit hasil siasatan oleh Pasukan Marin, Pasukan Unit Anjing Pengesan (K9) dan Unit Siasatan Forensik yang meninjau, memeriksa sungai berhampiran serta sekitar lokasi kejadian.

Bagaimanapun, Hussein berkata pihaknya masih menjalankan siasatan sekiranya kemungkinan terdapat mangsa di dalam excavator yang tertimbus itu.

Pada masa sama Hussein berkata setakat ini pihaknya telah menerima 20 rakaman papan pemuka kenderaan daripada media sosial dan saksi kejadian bagi membantu siasatan.

“Daripada video itu kita kenal pasti saksi kejadian dan semakan masih dijalankan bagi membantu siasatan,” katanya.

Sumber: BERNAMA

Jemput subscribe Youtube rasmi Malaysian Update DI SINI

Follow Malaysian Update di Tiktok untuk lebih video DI SINI

Dapatkan berita terkini dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI

HANGAT MINGGU INI

Kes Lemas Taman Prima Saujana: Adik Meninggal Dunia Di Hospital, Abang Masih Hilang – Polis

KAJANG – Seorang kanak-kanak lelaki yang dikhuatiri lemas selepas terjatuh dan dihanyutkan

Ayah di Sibolga Tidak Berganjak dari Kawasan Tanah Runtuh Selama Tiga Hari Demi Mencari Puteri Tercinta

SUMATERA UTARA – Tragedi tanah runtuh yang berlaku di Sibolga meninggalkan kesedihan