Friday, December 12, 2025

Pemandu Lori Cedera Disyaki Diserang Harimau Kumbang Di Bukit Tangga

April 4, 2025
1 min read

SEREMBAN, (Bernama) — Seorang pemandu lori cedera selepas dipercayai diserang seekor harimau kumbang dalam kejadian di Jalan Bukit Tangga-Seremban, Jelebu di sini petang semalam.

Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Negeri Sembilan Faizal Izham Pikri berkata pihaknya menerima laporan iaitu video berkenaan kejadian membabitkan lelaki awal 50-an itu pada 6.14 petang.

“Mangsa disyaki diserang ketika dia turun untuk membuang air kecil di lokasi berkenaan. Hasil siasatan daripada pihak polis mendapati seekor harimau dipercayai keluar dari hutan berhampiran.

“Harimau kumbang tersebut disyaki menerkam lelaki itu di bahagian kepala sebelum haiwan tersebut melarikan diri ke hutan yang bertentangan jalan. Mangsa kemudian dikejarkan ke Hospital Tuanku Ja’afar di sini untuk menerima rawatan,” katanya dalam kenyataan di sini malam ini.

Beliau berkata susulan kejadian itu, Jabatan Perhilitan Negeri Sembilan menjalankan pemantauan dan rondaan di lokasi kejadian selain turut melawat mangsa dan memberikan khidmat nasihat kepadanya.

Beliau turut menasihatkan pengguna jalan raya supaya lebih berhati-hati ketika melalui laluan yang dikenal pasti sebagai lintasan hidupan liar dan segera mendapatkan bantuan jabatan atau pihak berkuasa sekiranya terserempak dengan hidupan liar.

Terdahulu, tular di media sosial video berdurasi 16 saat yang direkod pada 3.31 petang memaparkan kelibat harimau kumbang sedang berlari ke arah hutan yang bertentangan selepas menyerang seorang lelaki.

Sumber: BERNAMA

Jemput subscribe Youtube rasmi Malaysian Update DI SINI

Follow Malaysian Update di Tiktok untuk lebih video DI SINI

Dapatkan berita terkini dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI

HANGAT MINGGU INI

Langkah Perlahan Seorang Ayah Penghidap Parkinson Undang Air Mata di Majlis Perkahwinan Anak

MANILA – Dalam suasana majlis perkahwinan yang penuh bahagia itu, para tetamu

PU Rahmat Ikhsan Tular di Aceh – Momen Sebak Sukarelawan Malaysia Santuni Mangsa Banjir

SUMATERA – Bumi Aceh kini berdepan salah satu bencana terburuk dalam tempoh