Connect with us

Hiburan

Penyanyi Rap Terkenal Nico Meninggal Dunia Dalam Tidur

Penyanyi rap terkenal yang juga merupakan anggota kumpulan Nico G, Nico, 52, meninggal dunia dalam tidur di Kampung Baru, di sini, kira-kira jam 11 malam tadi.

Berita duka itu dikongsikan oleh bekas pengurusnya, Ayob Abd Majid.

Menurut Ayob, dia mendapat panggilan kira-kira jam 11.15 malam memberitahu arwah Nico atau nama sebenarnya Abdul Fashah Abdul Aziz sudah meninggal dunia.

Menurut Ayob, arwah dimaklumkan sempat singgah ke rumah rakannya di Kampung Baru selepas membawa Grab untuk berehat sekejap.

Advertisement

Katanya, ia sudah menjadi rutin arwah walaupun menetap di Cheras, Kuala Lumpur.

Arwah bagaimanapun dikhabarkan tidak bergerak ketika cuba dikejutkan oleh rakannya.

Mengulas punca kematian, Ayob berkata, dia tidak pasti, namun keluarga meminta menunggu keputusan proses bedah siasat, pagi ini.

Nico mula dikenali dan meraih populariti pada awal 1990-an bersama kumpulan Nico yang juga dianggotai oleh Affa dan Dino.

Kumpulan Nico menggegarkan industri muzik menerusi lagu popular mereka, Inilah Nasibku pada tahun 1993.

Advertisement

Kumpulan Nico bermula dengan album Buatan Los Angeles, kemudian tampil dengan Realiti pada 1995 dan Alamak! setahun selepas itu.

Menerusi penjenamaan semula menggunakan nama Nico G, kumpulan itu juga pernah menjadi peserta program nyanyian Gegar Vaganza musim kelapan (GV8) pada 2021.

Sumber: Berita Harian

Jemput subscribe Youtube rasmi Malaysian Update DI SINI

Follow Malaysian Update di Tiktok untuk lebih video DI SINI

Advertisement

Dapatkan berita terkini dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel