Connect with us

Global

Demonstrasi Tolak Pentadbiran Trump Bermula Di Seluruh Wilayah Amerika Syarikat

WASHINGTON, 6 April (Bernama-dpa) — Ribuan rakyat Amerika Syarikat menyertai siri protes pada Sabtu sebagai tanda penentangan terhadap dasar-dasar Presiden Donald Trump, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

Di ibu negara Washington sahaja, ribuan penunjuk perasaan berhimpun di sekitar Monumen Washington berhampiran Rumah Putih.

Mereka membawa pelbagai sepanduk dengan tuntutan agar pihak berkuasa menjunjung perlembagaan dan mendesak supaya Trump disingkirkan daripada jawatan presiden.

Antara mesej lain yang dipaparkan tertera perkataan “Hands off democracy” dan “Stop the coup.”

Advertisement

Pelbagai pertubuhan bergabung dalam usaha menganjurkan lebih 1,000 perhimpunan di kesemua 50 negeri di Amerika Syarikat.

Pihak penganjur sebelum ini menganggarkan penyertaan melebihi 250,000 orang di seluruh negara.

Namun, jumlah sebenar masih belum dapat dipastikan ekoran banyaknya lokasi protes yang berlangsung serentak.

Di New York, ribuan peserta turut berarak menentang Trump dan penasihat rapatnya, Elon Musk – jutawan terkenal serta ketua syarikat kereta elektrik Tesla.

Demonstrasi turut dilaporkan berlaku di beberapa bandar lain termasuk Atlanta, Boston, Miami dan Charlotte.

Advertisement

Sejak mengambil alih tampuk pemerintahan, Trump dilaporkan mula merombak struktur kerajaan secara radikal dengan bantuan Musk, termasuk memecat ramai pegawai persekutuan serta membubarkan beberapa agensi utama seperti Jabatan Pendidikan.

Tindakannya mencetuskan kegusaran dan kemarahan dalam dan luar negara menerusi pelbagai keputusan serta inisiatif yang kontroversi.

Demokrat dan para penganalisis melihat hala tuju pentadbirannya sebagai satu ancaman besar terhadap demokrasi.

Sumber: BERNAMA

Jemput subscribe Youtube rasmi Malaysian Update DI SINI

Advertisement

Follow Malaysian Update di Tiktok untuk lebih video DI SINI

Dapatkan berita terkini dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel