Connect with us

Global

China Bertindak Balas, Naikkan Tarif Terhadap AS Sebanyak 84%

NEW YORK: Kurang 24 jam selepas dikenakan tarif tambahan ke atas barangan dari China, Beijing akhirnya memulakan tindakan balas ke atas tindakan Amerika Syarikat (AS).

China menerusi tindak balas terhadap ketegangan perdagangan dua ekonomi terbesar dunia itu meningkatkan kadar levi import AS kepada 84 peratus, berkuat kuasa esok, menurut laporan portal CNBC.com.

Menurut kenyataan Pejabat Suruhanjaya Tarif China, kadar itu mencatatkan peningkatan 50 peratus, berbanding hanya 34 peratus yang ditetapkan sebelum ini.

Peningkatan kadar itu adalah maklum balas terhadap peningkatan tarif terbaharu dikenakan AS ke atas barangan China, melebihi 100 peratus, berkuat kuasa tengah malam tadi.

Advertisement

Perkembangan terkini China itu dilihat berupaya mengancam melumpuhkan perdagangan antara dua ekonomi terbesar dunia itu.

Berdasarkan Pejabat Wakil Perdagangan AS, eksport barangan republik itu ke China bernilai AS$143.5 bilion, manakala import pula sebanyak AS$438.9 bilion, tahun lalu.

Pentadbiran Donald Trump minggu lalu, mengumumkan dasar tarif baharu secara menyeluruh, selain memberi amaran kepada negara lain agar tidak melakukan tindak balas.

Beberapa negara, termasuk Jepun dilihat bersedia berunding berhubung tarif berkenaan, namun China mengambil pendirian lebih tegas dan segera mengumumkan tarif timbal balasnya.

Trump menerusi respons terhadap maklum balas awal Beijing pada 2 April lalu, mengumumkan peningkatan 50 peratus, menjadikan keseluruhan cukai import ke atas barangan dari China kepada 104 peratus.

Advertisement

Bercakap kepada Fox Business Rabu lalu, Setiausaha Perbendaharaan AS, Scott Bessent, berkata China kurang bernasib baik kerana enggan berunding memandangkan negara itu paling besar melakukan melanggar peraturan dalam sistem perdagangan antarabangsa.

“China mempunyai ekonomi paling tidak seimbang dalam sejarah dunia moden dan saya boleh nyatakan peningkatan ketegangan ini akan merugikan mereka,” katanya.

AS sudahpun mengenakan tarif baharu ke atas China, sebelum sepenuhnya melaksanakan dasar perdagangannya, bulan ini.

China, bersama Kanada dan Mexico turut dikenakan duti baharu pada permulaan penggal kedua Trump sebagai sebahagian daripada usaha dikatakan bertujuan menghentikan kemasukan fentanyl ke AS.

Perang dagangan itu menimbulkan ketidaktentuan dalam kalangan pelabur seluruh dunia, sekali gus meningkatkan kebarangkalian pertumbuhan ekonomi yang perlahan, inflasi lebih tinggi dan keuntungan korporat lebih rendah.

Advertisement

Perkembangan itu antara lain berisiko mencetuskan kejatuhan mendadak pasaran.

Indeks S&P 500 ditutup semalam, mencatatkan penurunan hampir 20 peratus daripada paras puncak, meletakkan indeks saham berkapital besar AS dalam pasaran menurun.

Indeks Kospi Korea Selatan turut jatuh ke pasaran menurun, hari ini.

Saham di Shanghai dan Hong Kong juga jatuh dengan ketara, sejak pengumuman tarif AS, pada 2 April lalu. – AGENSI

Jemput subscribe Youtube rasmi Malaysian Update DI SINI

Advertisement

Follow Malaysian Update di Tiktok untuk lebih video DI SINI

Dapatkan berita terkini dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel