Kurnia Meiga Hermansyah merupakan bekas penjaga gol bola sepak Indonesia yang juga terkenal sebagai antara penjaga gol terbaik dalam sejarah bola sepak negara itu.
Meiga dilaporkan menghabiskan hampir keseluruhan kariernya di Arema, bermain dari 2008 hingga 2017 sebelum dia menjadi penjaga gol utama selepas Markus Horison pergi ke Persib Bandung pada tahun 2009.
Pada tahun 2016, dia menjalani percubaan dengan kelab Jepun iaitu Gamba Osaka, namun dia memutuskan untuk kembali ke Arema.
Malang menimpa Miega apabila kariernya terpaksa berakhir pada 2017 selepas didiagnosis dengan dengan panyakit Papilledema, iaitu bengkak saraf optik.
Papilledema adalah keadaan di mana peningkatan tekanan di dalam atau di sekeliling otak menyebabkan saraf optik di dalam mata membengkak.
Sebelum ini Kurnia Meiga bercadang untuk menjual kesemua pingat berharga yang dimilikinya demi menampung kos perubatan.
Terbaru, bekas penjaga gol Arema FC itu menjalankan perniagaan menjual keropok emping. Meiga menjual keropok emping melalui akaun TikTok peribadinya
Dafahamkan abangnya iaitu Achmad Kurniawan, juga merupakan penjaga gol Arema yang diapor meninggal dunia pada 2017 akibat serangan jantung.
Meiga dianggap sebagai salah seorang penjaga gol terbaik Indonesia, dengan refleksnya, postur yang ideal, dan sumbangan penting kepada kelab dan pasukan kebangsaan. Walaupun sudah bersara, namanya tetap diingati dalam sejarah bola sepak Indonesia. – Malaysianupdate.my
Jemput subscribe Youtube rasmi Malaysian Update DI SINI
Follow Malaysian Update di Tiktok untuk lebih video DI SINI
Dapatkan berita terkini dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI