Connect with us

Global

Dilapor Hilang Sejak Ramadan Ke-25, Gadis Ditemui Sudah Membusuk Dalam Parit

JAWA TIMUR – Teka teki kehilangan seorang mahasiswa universiti yang dilaporkan hilang sejak 25 Mac lalu, akhirnya berakhir tragis apabila mayatnya ditemui dalam keadaan membusuk di kawasan Lawu, Magetan, pada 12 April lalu.

Sheila Amelia Christanti, yang berusia 21 tahun, dilaporkan hilang selepas beliau memulakan perjalanan seorang diri dari Yogyakarta menuju Madiun untuk bercuti.

Menurut pihak polis, Sheila meninggalkan rumah sewa sekitar jam 11.03 pagi (waktu tempatan) dan terakhir kali dilihat di kawasan Lawu sekitar jam 3 petang.

Kehilangan Sheila menimbulkan kebimbangan keluarga dan pihak berkuasa yang segera melancarkan operasi mencarinya.

Advertisement

Pada 12 April, selepas 19 hari menghilang, mayat Sheila ditemui di dalam parit berhampiran kawasan Lawu Green Forest.

Ketika ditemui, keadaan mayat yang sudah membusuk sukar dikenali, namun pihak berkuasa berjaya mengenal pasti identiti Sheila melalui barang peribadi yang dijumpai di lokasi kejadian, seperti gelang tangan dan pendakap gigi.

Menurut laporan awal daripada pihak polis, motosikal dinaiki Sheila dipercayai telah terbabas dan terjatuh ke dalam parit semasa perjalanan pulang ke rumah sewanya.

Motosikal yang digunakan Sheila juga dijumpai terbalik di dalam parit dan mayatnya terperangkap di bawah kenderaan tersebut.

Keadaan ini menjadikannya sukar dilihat oleh pengguna jalan lain yang melalui kawasan tersebut.

Advertisement

Doktor yang memeriksa mayat Sheila menganggarkan bahawa beliau sudah meninggal dunia kira-kira tiga hari sebelum ditemui, iaitu sekitar 9 April lalu.

Pihak berkuasa menyatakan bahawa tidak terdapat sebarang tanda kekerasan atau jenayah dan ini mengesahkan bahawa kejadian ini kemungkinan besar merupakan kemalangan jalan raya. – Agensi

Sumber: Sinar Harian

Jemput subscribe Youtube rasmi Malaysian Update DI SINI

Follow Malaysian Update di Tiktok untuk lebih video DI SINI

Advertisement

Dapatkan berita terkini dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel