Connect with us

Kemalangan

5 Anggota Polis Thailand Maut Dalam Nahas Pesawat Semasa Penerbangan Ujian

BANGKOK, 25 April (Bernama) — Lima anggota polis terbunuh dan seorang cedera parah selepas pesawat mereka terhempas pada Jumaat di Daerah Hua Hin, wilayah Prachuap Khiri Khan.

Jurucakap Polis Diraja Thailand Pol Lt Jen Achayon Kraithong mengesahkan enam pegawai berada di dalam pesawat ketika pesawat polis itu terhempas kira-kira 8 pagi waktu tempatan semasa penerbangan ujian sebagai persediaan untuk latihan payung terjun.

Lima anggota yang terkorban dalam kejadian itu termasuk dua juruterbang, dua mekanik, dan seorang jurutera.

Seorang anggota yang cedera parah, kini sedang bertarung nyawa, telah dihantar ke Hospital Hua Hin.

Advertisement

Achayon berkata siasatan sedang dijalankan untuk menentukan punca kemalangan itu.

Usaha termasuk memeriksa serpihan pesawat, menganalisis kotak hitam pesawat, dan mengumpul bukti teknikal dengan bantuan pihak berkuasa penerbangan yang berkaitan untuk siasatan menyeluruh,” katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Ketua Polis Negara Pol Jen Kittirat Panpet mengarahkan supaya sokongan penuh diberikan kepada keluarga mangsa yang terkorban dan mengarahkan pengebumian penuh penghormatan bagi menghargai pengorbanan anggota.

“Pol Jeneral Kittirat juga menekankan perlunya siasatan menyeluruh bagi mengelakkan kejadian serupa pada masa depan.

“Polis Diraja Thailand merakamkan ucapan takziah yang mendalam atas kehilangan perwira negara itu yang mengorbankan nyawa mereka dalam menjalankan tugas,” tambahnya.

Advertisement

Sumber: BERNAMA

Jemput subscribe Youtube rasmi Malaysian Update DI SINI

Follow Malaysian Update di Tiktok untuk lebih video DI SINI

Dapatkan berita terkini dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI

Advertisement
Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel