Connect with us

Global

Kebakaran Terbesar Dekad Ini, Israel Isytihar Darurat

JERUSALEM – Israel mengisytiharkan darurat kebangsaan selepas kebakaran hutan besar yang merebak pantas melanda kawasan berhampiran Baitulmaqdis pada Rabu menyebabkan beberapa kecederaan serta memaksa pemindahan penduduk dan penutupan lebuh raya utama.

Menurut laporan CNN World, Israel sedang mencari bantuan antarabangsa untuk memadamkan kebakaran, selepas Menteri Pertahanannya, Israel Katz mengesahkan situasi darurat itu.

Komander Jabatan Bomba Daerah Baitulmaqdis, Shmulik Friedman, memberi amaran bahawa angin kencang melebihi 60 batu sejam dijangka dalam masa terdekat, sekali gus meningkatkan risiko kebakaran secara mendadak.

“Ini mungkin kebakaran terbesar di negara ini,” katanya.

Advertisement

Menurut agensi penyelamat Israel, Magen David Adom (MDA), 22 orang dilaporkan cedera, 12 daripadanya dimasukkan ke hospital, kebanyakannya akibat tersedut asap tebal.

Susulan itu, tahap amaran dinaikkan ke paras tertinggi dengan pasukan perubatan digerakkan ke kawasan terjejas.

MDA turut memaklumkan bahawa pasukan ambulans telah ditempatkan berhampiran komuniti berisiko terdedah kepada kebakaran dan bersiap sedia memberikan rawatan serta bantuan pemindahan.

Unit bermotosikal turut disediakan untuk membantu penduduk yang terperangkap dalam kesesakan lalu lintas.

Keadaan cuaca panas dan angin kencang menyebabkan kebakaran merebak dengan pantas di kawasan hutan, memaksa pihak berkuasa memindahkan penduduk dari sekurang-kurangnya lima komuniti.

Advertisement

Kebakaran turut memaksa penutupan laluan utama antara Tel Aviv dan Baitulmaqdis, manakala orang ramai diminta menjauhi kawasan terjejas.

Israel Katz mengarahkan tentera untuk membantu usaha memadamkan kebakaran.

“Kita sedang berdepan dengan darurat nasional, semua kekuatan yang ada mesti digerakkan untuk menyelamatkan nyawa serta mengawal kebakaran ini,” katanya.

Menteri Keselamatan Negara, Itamar Ben Gvir, yang menyelia Jabatan Bomba Israel, turut melawat kawasan terjejas.

Beliau mengarahkan semua acara pada malam yang memerlukan kehadiran pasukan bomba dibatalkan bagi operasi pemadaman serta mengukuhkan pasukan di daerah Baitulmaqdis.

Advertisement

Menteri Acara Kebangsaan, Miri Regev, turut mengumumkan pembatalan acara utama sambutan Hari Kemerdekaan yang dijadual berlangsung malam Rabu di Baitulmaqdis.

Sementara itu, Pejabat Perdana Menteri, Benjamin Netanyahu, memaklumkan bahawa tiga pesawat bantuan dari Itali dan Croatia akan tiba dalam masa terdekat bagi membantu usaha pemadaman kebakaran. – Agensi

Sumber: Sinar Harian

Jemput subscribe Youtube rasmi Malaysian Update DI SINI

Follow Malaysian Update di Tiktok untuk lebih video DI SINI

Advertisement

Dapatkan berita terkini dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel