Wednesday, December 10, 2025

Petronas Sahkan Terima Notis Daripada Kerajaan Sarawak Berhubung Aktiviti Proses, Edar Gas

May 3, 2025
1 min read

KUALA LUMPUR – Petroliam Nasional Bhd (Petronas) hari ini mengesahkan bahawa anak syarikatnya, PETRONAS Carigali Sdn Bhd (PCSB), menerima notis pada 30 April 2025, daripada Kementerian Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak berkaitan pemprosesan dan pengedaran gas.

Syarikat minyak negara itu memberitahu Bernama bahawa PCSB diberi kuasa mengikut undang-undang di bawah Akta Pembangunan Petroleum (PDA) 1974 untuk menjalankan aktiviti syarikat dan mematuhi semua undang-undang yang terpakai dalam berbuat demikian.

“”Meskipun kita menghormati aspirasi negeri Sarawak, Petronas juga mempunyai kewajipan untuk menegakkan PDA 1974 ini dan menjaga kepentingan negara.”

Petronas akan terus terlibat secara konstruktif dan bekerjasama rapat dengan kerajaan Persekutuan, kerajaan Sarawak dan Petros dalam meneroka pengaturan masa depan untuk memastikan kejelasan peraturan dan kesinambungan operasi untuk manfaat industri, negeri dan negara secara keseluruhannya,” katanya.

Petronas menekankan bahawa ia komited untuk memastikan hak dan kepentingan semua pihak, termasuk pengguna akhir dan pelabur, ditangani dengan sewajarnya.

Sumber: BERNAMA

Jemput subscribe Youtube rasmi Malaysian Update DI SINI

Follow Malaysian Update di Tiktok untuk lebih video DI SINI

Dapatkan berita terkini dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI

HANGAT MINGGU INI

Tabungan Haji Masih Utuh Walaupun Berlumpur, Pasangan Ini Luah Rasa Syukur Selepas Banjir

ACEH – Tular di media sosial apabila sepasang suami isteri berkongsi detik

Aceh Dilanda Banjir Lumpur, Dakwaan Bantuan Pertama Datang Dari Malaysia Tular di Media Sosial

ACEH – Banjir besar yang melanda Aceh terus meninggalkan kesan yang menyentuh