Friday, December 12, 2025

Kehilangan Pamela Ling: 12 Saksi Diambil Keterangan – Polis

May 4, 2025
1 min read

KUALA LUMPUR, 4 Mei (Bernama) — Polis telah mengambil keterangan 12 saksi berhubung kes kehilangan Pamela Ling Yueh yang dipercayai diculik ketika dalam perjalanan ke pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Putrajaya pada 9 April lepas.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Rusdi Mohd Isa berkata mereka yang dirakam keterangan itu termasuk ahli keluarga, pegawai SPRM dan peguam mangsa bagi membantu siasatan.

“Setakat ini belum ada petunjuk atau perkembangan lokasi keberadaannya,” katanya ringkas ketika dihubungi hari ini.

Ling, 42, dilaporkan hilang ketika dalam perjalanan ke pejabat SPRM pada 9 April lepas untuk memberi keterangan berhubung satu siasatan yang sedang dijalankan dan polis menerima laporan berhubung kehilangan pada 3.02 petang hari yang sama.

Adik mangsa, Simon Ling Wan Siong memaklumkam kakaknya telah menghantar pesanan WhatsApp kepada peguamnya pada 1.57 tengah hari mengatakan bahawa wanita itu dalam perjalanan ke SPRM di Putrajaya dan dijangka tiba pada 2.08 petang dengan menaiki kereta perkhidmatan e-hailing.

Walaupun pelbagai cara dilakukan oleh keluarga dan peguamnya untuk menghubungi mangsa selepas 2 petang, panggilan telefon tidak dijawab dan pesanan WhatsApp tidak delivered.

Grab Malaysia juga mengesahkan bahawa perjalanan terbabit telah ditandakan sebagai selesai, tetapi tiada maklumat lanjut yang diperoleh selepas itu.

Rusdi sebelum ini memaklumkan pihaknya tidak menerima sebarang laporan tuntutan wang tebusan berkait kehilangan wanita dan menyiasat kes berkenaan sebagai kes yang disiasat mengikut Seksyen 365 Kanun Keseksaan kerana melarikan seseorang dengan niat untuk mengurungnya secara salah.

Sesiapa yang mempunyai maklumat boleh menghubungi Wan Siong melalui talian 012-8866799 atau bapa mangsa Ling Kie Yii 012-8867979.

Sumber: BERNAMA

Jemput subscribe Youtube rasmi Malaysian Update DI SINI

Follow Malaysian Update di Tiktok untuk lebih video DI SINI

Dapatkan berita terkini dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI

HANGAT MINGGU INI

Langkah Perlahan Seorang Ayah Penghidap Parkinson Undang Air Mata di Majlis Perkahwinan Anak

MANILA – Dalam suasana majlis perkahwinan yang penuh bahagia itu, para tetamu

PU Rahmat Ikhsan Tular di Aceh – Momen Sebak Sukarelawan Malaysia Santuni Mangsa Banjir

SUMATERA – Bumi Aceh kini berdepan salah satu bencana terburuk dalam tempoh