Connect with us

Terkini

Kes Tuntutan Palsu RM450 Juta: ‘Datuk’ Dicekup Lagi

KUALA LUMPUR: Lelaki bergelar Datuk yang dibebaskan daripada tahanan reman Sabtu lepas sekali lagi direman oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana disyaki mengemukakan tuntutan mengandungi butir matan palsu membabitkan kira-kira RM450 juta.

Datuk itu, yang berusia 60-an, ditahan bersama seorang lagi suspek berusia 50-an ketika hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat SPRM, Putrajaya pada 7 malam semalam.

Perintah reman terhadap mereka dikeluarkan oleh Pendaftar Mahkamah Majistret Putrajaya Siti Roslizawati Mohd Zanin selepas permohonan dibuat oleh SPRM pagi tadi.

Menurut sumber SPRM, perintah reman ke atas Datuk berkenaan dikeluarkan selama dua hari hingga esok manakala seorang lagi suspek direman selama lima hari hingga 9 Mei ini.

Advertisement

“Siasatan awal mendapati kedua-dua suspek dipercayai mengemukakan tuntutan palsu bernilai kira-kira RM450 juta yang menggunakan dana sukuk dan mendapatkan fasiliti dari sebuah pejabat wilayah dalam sebuah projek pembinaan lebuh raya di Lembah Klang bernilai kira-kira RM1.3 bilion.

ADS
“Tangkapan ini adalah susulan daripada tangkapan sebelum ini yang melibatkan tuntutan butir matan palsu bernilai kira-kira RM360 juta dan jumlah keseluruhan tuntutan palsu ini bernilai kira-kira RM800 juta,” katanya.

Beliau juga berkata seramai lima individu telah ditahan reman berkaitan kes tuntutan itu dan empat daripadanya dibebaskan dengan jaminan SPRM minggu lepas.

Pengarah Kanan Bahagian Siasatan Datuk Zainul Darus ketika dihubungi mengesahkan tangkapan itu dan berkata kes disiasat di bawah Seksyen 18 Akta SPRM 2009.

Sumber: BERNAMA

Advertisement

Jemput subscribe Youtube rasmi Malaysian Update DI SINI

Follow Malaysian Update di Tiktok untuk lebih video DI SINI

Dapatkan berita terkini dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI

Advertisement
Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel