Connect with us

Global

Pakistan Lancar “Operasi Bunyan-un-Marsoos” Terhadap India

Islamabad: Pakistan melancarkan serangan balas besar-besaran terhadap India awal pagi Sabtu, sekali gus menjadikan konflik terburuk sejak hampir 30 tahun lalu.

Pakistan berkata, mereka melancarkan satu operasi ketenteraan terhadap India awal pagi Sabtu, menyasarkan beberapa pangkalan termasuk sebuah tapak simpanan peluru berpandu di utara India, ketika kedua-dua negara jiran itu melanjutkan pertempuran paling teruk dalam hampir tiga dekad.

“Tapak simpanan BrahMos dimusnahkan di kawasan umum Beas,” kata tentera Pakistan dalam mesej kepada wartawan.

Negara itu berkata, Pangkalan Udara Pathankot di negeri Punjab di barat India, dan Stesen Tentera Udara Udhampur di Kashmir yang dikuasai India juga diserang.

Advertisement

Menteri maklumat Pakistan berkata, dalam satu hantaran di laman media sosial X, operasi ketenteraan itu dinamakan Operasi Bunyanun Marsoos yang bermaksud struktur kukuh dan bersatu.

Serangan Pakistan itu berlaku sejurus selepas ia mendakwa India melepaskan peluru berpandu ke arah tiga pangkalan udaranya pada awal pagi Sabtu, termasuk satu daripadanya yang berhampiran ibu negara Islamabad.

Namun, sistem pertahanan udara Pakistan berjaya memintasnya.

Kedua-dua negara, yang terperangkap dalam pertikaian lama berhubung wilayah Kashmir, terbabit dalam pertempuran harian sejak Rabu lalu apabila India melancarkan serangan ke dalam wilayah Pakistan yang didakwanya sebagai pangkalan militan.

Sementara itu, saksi Reuters berkata, bunyi letupan dan siren amaran dilaporkan kedengaran di Srinagar dan Jammu, India.

Advertisement

Tentera India dijangka akan memberi kenyataan kepada media tidak lama lagi, menurut kementerian pertahanan.

Terdahulu, India berkata, serangannya pada Rabu lalu yang mencetuskan pertempuran antara kedua-dua negara sebagai tindakan balas terhadap serangan maut ke atas pelancong Hindu di Kashmir yang dikuasai India, bulan lalu.

Bagaimanapun, Pakistan menafikan dakwaan India itu.

Justeru, sejak Rabu, kedua-dua negara berbalas tembakan merentasi sempadan dan peluru meriam serta menghantar dron dan peluru berpandu ke ruang udara masing-masing.

Sekurang-kurangnya 48 orang terbunuh sejak Rabu lalu, menurut anggaran korban dari kedua-dua belah pihak, namun angka ini masih belum dapat disahkan. – Reuters

Advertisement

Sumber: Harian Metro

Jemput subscribe Youtube rasmi Malaysian Update DI SINI

Follow Malaysian Update di Tiktok untuk lebih video DI SINI

Dapatkan berita terkini dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI

Advertisement
Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel