Connect with us

Global

Pesawat Tempur Pakistan Berjaya Musnahkan Sistem Peluru Berpandu Paling Canggih Dimiliki India

ISLAMABAD – Pakistan berjaya memusnahkan sistem pertahanan udara S-400 milik India yang terletak di Adampur, daerah Jalandhar, negeri Punjab, India, dalam satu serangan udara pada Sabtu, menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh tentera Pakistan, lapor Xinhua.

Serangan tersebut dilaksanakan menggunakan peluru berpandu hipersonik yang dilancarkan dari platform pesawat JF-17, dengan sasaran berpandu tepat yang berjaya menyahkan sistem pertahanan udara canggih itu, kata Inter-Services Public Relations (ISPR), sayap tentera Pakistan, dalam kenyataan tersebut.

Sistem S-400, yang dianggarkan bernilai sekitar ASD1.5 bilion (RM6.96 bilion), dianggap sebagai salah satu sistem peluru berpandu paling canggih milik India, tambah kenyataan itu.

Penganalisis tentera memberitahu Xinhua bahawa kejayaan memusnahkan S-400 ini berpotensi memberi kesan besar terhadap kedudukan pertahanan udara India di rantau ini.

Advertisement

Serangan ini merupakan sebahagian daripada operasi ketenteraan besar Pakistan, “Bunyanun Marsoos”, yang dilancarkan sebagai tindak balas kepada provokasi berterusan India, dan bertujuan untuk menyasarkan pelbagai pemasangan ketenteraan bernilai tinggi di seluruh India, menurut ISPR. -Agensi

Sumber: Sinar Harian

Jemput subscribe Youtube rasmi Malaysian Update DI SINI

Follow Malaysian Update di Tiktok untuk lebih video DI SINI

Dapatkan berita terkini dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI

Advertisement

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel