Friday, December 12, 2025

MCMC Siasat Video Pijak Gambar Jalur Gemilang Di TikTok – Fahmi

May 29, 2025
1 min read

TOKYO: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) telah memulakan siasatan terhadap video siaran langsung di aplikasi TikTok yang memaparkan individu memijak gambar Jalur Gemilang.

Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil, berkata kerajaan tidak akan sesekali berkompromi dengan mana-mana pihak yang mempersenda dan menghina Jalur Gemilang yang menjadi lambang kedaulatan, perpaduan serta identiti negara.

“Tindakan tegas akan diambil,” katanya kepada Bernama sejurus tiba di sini hari ini.

Fahmi tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Narita petang ini bagi menghadiri Asia-Pacific Telecommunity Ministerial Meeting (APT-MM) 2025 yang dijadual berlangsung dari 30 hingga 31 Mei 2025 di sini.

Menurut laporan portal berita tempatan, video siaran langsung itu didakwa distrim dari Sri Lanka serta berada dalam talian selama lebih empat jam, yang turut dipercayai menjadi medan perang siber antara pengguna di Malaysia dan Sri Lanka.

Sumber: BERNAMA

Jemput subscribe Youtube rasmi Malaysian Update DI SINI

Follow Malaysian Update di Tiktok untuk lebih video DI SINI

Dapatkan berita terkini dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI