Friday, December 05, 2025

Polis Sahkan Tiga Rakyat Malaysia Ditahan Di Laos Disyaki Seludup Ganja

June 12, 2025
1 min read
Screenshot

KUALA LUMPUR, 12 Jun (Bernama) — Polis mengesahkan tiga rakyat Malaysia ditahan di Laos selepas dipercayai terlibat dalam cubaan menyeludup masuk 103 bungkusan ganja ke negara berkenaan pada 27 Mei lepas.

Pemangku Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman DCP Mat Zani @ Mohd Salahuddin Che Ali berkata tiga lelaki berusia antara 25 hingga 29 tahun itu ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Laos selepas tiba di negara berkenaan dengan menaiki pesawat sebuah syarikat penerbangan Thailand.

“Pemeriksaan mendapati mereka meninggalkan tanah air pada 22 Mei lepas dan kita sedang menjalankan siasatan bagi mengenal pasti sama ada ganja itu diseludup dari negara ini atau Thailand.

“Mereka kini berada dalam tahanan pihak berkuasa Laos dan siasatan lanjut masih diteruskan,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Terdahulu, media tempatan Laos melaporkan tiga lelaki termasuk seorang penyanyi rap dari Malaysia ditahan pihak berkuasa negara itu dalam satu pemeriksaan rutin melibatkan pegawai kastam dan penguat kuasa lapangan terbang.

Dalam pemeriksaan terhadap enam beg bagasi milik mereka, pihak berkuasa menemukan 103 bungkusan ganja dengan anggaran berat keseluruhan 86 kilogram yang disembunyikan dalam bagasi berkenaan.

Difahamkan, tiga individu itu sedang menunggu penerbangan ke Jerman dipercayai untuk membawa keluar dadah terbabit ke negara berkenaan.

Pihak berkuasa Laos memaklumkan tiga individu berkenaan akan didakwa mengikut undang-undang negara itu dan kes disiasat mengikut prosedur yang ditetapkan.

Sumber: BERNAMA

Jemput subscribe Youtube rasmi Malaysian Update DI SINI

Follow Malaysian Update di Tiktok untuk lebih video DI SINI

Dapatkan berita terkini dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI & WhatsApp DI SINI

HANGAT MINGGU INI

Ahli Parlimen Kinabatangan Bung Moktar Kembali ke Rahmatullah

KOTA KINABALU – Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Seri Bung Moktar Radin, 66,

Kes Lemas Taman Prima Saujana: Adik Meninggal Dunia Di Hospital, Abang Masih Hilang – Polis

KAJANG – Seorang kanak-kanak lelaki yang dikhuatiri lemas selepas terjatuh dan dihanyutkan