Sunday, October 26, 2025

Polis Siasat Dua Lelaki Bergaduh Di Plaza Tol Kempas, Video Tular

June 14, 2025
1 min read

JOHOR BAHRU – Polis Johor sedang menyiasat kejadian pergaduhan membabitkan dua lelaki yang berlaku di Plaza Tol Kempas, Lebuhraya Utara-Selatan di sini pada Ahad lepas seperti yang tular di Facebook.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara ACP Balveer Singh Mahindar Singh berkata satu laporan polis diterima daripada seorang lelaki tempatan berusia 31 tahun kira-kira 5.35 petang pada hari sama berhubung kejadian tersebut.

Beliau berkata siasatan awal mendapati kejadian dipercayai berlaku kira-kira 2.30 petang ketika pengadu (pemandu lori) yang sedang menunggu giliran membayar tol bertindak membunyikan hon ke arah sebuah kereta jenis Proton Wira di hadapannya yang tidak bergerak walaupun palang tol telah terbuka.

“Susulan itu, seorang lelaki tidak dikenali keluar dari bahagian penumpang kereta tersebut dan meminta pengadu membuka pintu lori sebelum memukul muka serta kepala pengadu beberapa kali.

“Pengadu kemudian bertindak mempertahankan diri dengan menendang lelaki berkenaan keluar dari lori. Kejadian dipercayai berpunca daripada rasa tidak puas hati akibat dibunyikan hon,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Balveer Singh berkata akibat daripada kejadian itu, pengadu mengalami sakit pada bahagian belakang kepala.

Katanya kes disiasat mengikut Seksyen 160 Kanun Keseksaan kerana bergaduh di tempat awam yang memperuntukkan hukuman penjara hingga enam bulan atau denda maksimum RM1,000 atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Beliau turut menyeru orang awam yang mempunyai maklumat mengenai kejadian untuk menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Johor Bahru Utara di talian 07-5563122.

Terdahulu tular video daripada kamera papan pemuka lori terbabit berdurasi lebih seminit memaparkan penumpang kereta Wira berwarna hitam memukul muka dan belakang kepala pemandu lori itu.

Tonton video KLIK SINI.

Pemandu lori kemudian bertindak mempertahankan diri dengan menyiku dan menendang lelaki tersebut sehingga dia terjatuh daripada lori.

Sumber: BERNAMA

Jemput subscribe Youtube rasmi Malaysian Update DI SINI

Follow Malaysian Update di Tiktok untuk lebih video DI SINI

Dapatkan berita terkini dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI & WhatsApp DI SINI

HANGAT MINGGU INI

Doa Jiran ‘Menembusi Langit’, Kisah Safitri Diceraikan Dua Hari Sebelum Suami Dilantik PPPK Raih Simpati Ramai

ACEH – Kisah pilu seorang wanita dari Aceh, Indonesia kembali mengundang sebak

Pegawai Pemerintah Dipecat Gara-Gara Ceraikan Isteri, Shella Saukia Tampil Hulur Bantuan

ACEH – Nama Shella Saukia kembali jadi sebutan di media sosial selepas