Drama air mata seorang lelaki yang kononnya kehilangan isteri dalam kejadian rompakan akhirnya terbongkar sebagai satu helah kejam untuk menutup jenayahnya sendiri.
Insiden melibatkan Wadison Pasaribu, 37, yang sebelum ini mengundang simpati masyarakat setempat di Serang, Banten, Indonesia, kini menjadi tumpuan selepas siasatan pihak berkuasa mendedahkan bahawa dia berpura-pura menjadi mangsa rompakan.
Mangsa, Petry Sihombing, 35, ditemukan mati di bilik tidur mereka di Kompleks Perumahan Puri Anggrek, Walantaka, Kota Serang, pada hujung minggu lalu, lapor Agensi.
Sementara itu, Wadison ditemui masih hidup di dalam sebuah karung, dalam cubaan meyakinkan pihak berkuasa dan jiran bahawa mereka sekeluarga telah dirompak.
Dalam satu video tular yang dikongsikan, Wadison dilihat menangis seperti histeria di sisi jasad isterinya sambil memegang pakaian mangsa, menjadikan tragedi itu kelihatan lebih menyayat hati.
Namun, polis kemudian mengesahkan bahawa lelaki itu sebenarnya membunuh isterinya kerana ‘kantoi’ berlaku curang.
Menurut siasatan, selepas mengikat mayat isterinya dan memasukkan dirinya sendiri ke dalam karung, Wadison telah mengarahkan anak mereka yang berusia tujuh tahun untuk meminta pertolongan daripada jiran.
Jiran mereka, Siti Maryam, berkata, pembunuhan itu terbongkar apabila anak pasangan tersebut menceritakan perkara sebenar semasa disoal siasat oleh pihak polis.
“Anaknya mengaku diminta bapanya supaya meminta bantuan jiran,” ujarnya.
Sementara itu memetik Kompas, Wadison mengakui dia membunuh isterinya kerana selalu menolak pelawaannya untuk melakukan hubungan seks.
Selain itu, Wadison juga diketahui isterinya menjalinkan hubungan sulit dengan wanita lain bernama Ri, warga Bayah, Kabupaten Lebak.
“Sejujurnya, selama ini isteri saya sangat sukar untuk saya melakukan hubungan intim, kemudian saya ditangkap curang,” kata Wadison.
Malah bukan itu sahaja, lelaki itu juga tidak boleh menerima apabila sering dipersalahkan dan dimarahi.
“Kata-kata isteri saya selalu kasar. Saya tidak boleh melakukan sedikit pun kesilapan, dia selalu membandingkan saya dengan suami orang lain,” katanya lagi.
Wadison juga mengakui bahawa dia tertekan dengan permintaan untuk mengahwini perempuan simpanannya itu. Ini kerana, hubungan mereka seperti suami isteri.
“Saya kesal, saya kesian dengan anak-anak,” katanya. – Malaysian Update
Jemput subscribe Youtube rasmi Malaysian Update DI SINI
Follow Malaysian Update di Tiktok untuk lebih video DI SINI
Dapatkan berita terkini dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI & WhatsApp DI SINI
