Wednesday, December 10, 2025

Trump Belum Buat Keputusan Muktamad Mengenai Serangan AS Ke Atas Iran

June 19, 2025
1 min read

WASHINGTON, 19 Jun (Bernama) – Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump pada Rabu berkata beliau masih belum membuat keputusan muktamad sama ada akan meluluskan serangan ketenteraan terhadap Iran, sebaliknya lebih cenderung untuk menunggu sehingga saat akhir.

“Saya tidak mahu berperang. Saya tidak mencari alasan untuk berperang. Tetapi jika perlu memilih antara berperang atau membiarkan mereka memiliki senjata nuklear, maka anda harus lakukan apa yang perlu. Mungkin juga kita tidak perlu berperang,” katanya kepada wartawan di Pejabat Oval, lapor Anadolu Ajansi.

Trump menyatakan beliau sudah mempunyai beberapa “idea” mengenai langkah seterusnya, namun lebih suka membuat keputusan “satu saat sebelum perlu”.

“Keadaan boleh berubah, terutama dalam soal peperangan. Anda boleh pergi dari satu ekstrem ke ekstrem yang lain.

“Peperangan adalah sesuatu yang sangat buruk. Sebenarnya, ini semua tidak sepatutnya berlaku,” katanya.

Ketegangan meningkat sejak 13 Jun apabila Israel melancarkan serangan berskala besar terhadap kemudahan ketenteraan dan nuklear Iran, menyasarkan beberapa bandar utama, pusat pemerintahan tertinggi dan saintis nuklear negara itu.

Media Iran pada Rabu melaporkan angka korban akibat serangan udara Israel meningkat kepada 585 orang, manakala lebih 1,300 lagi cedera.

Sebagai tindak balas, Iran melancarkan serangan peluru berpandu balistik ke atas Israel yang dilaporkan mengorbankan 24 orang dan mencederakan lebih 500 yang lain.

Sumber: Bernama

Jemput subscribe Youtube rasmi Malaysian Update DI SINI

Follow Malaysian Update di Tiktok untuk lebih video DI SINI

Dapatkan berita terkini dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI & WhatsApp DI SINI

HANGAT MINGGU INI

Wanita Cuba ‘Cop Parking’, Terkejut Kereta Tetap Masuk Sendiri

CHINA – Dalam situasi harian yang penuh sesak, mencari satu petak parkir

Tabungan Haji Masih Utuh Walaupun Berlumpur, Pasangan Ini Luah Rasa Syukur Selepas Banjir

ACEH – Tular di media sosial apabila sepasang suami isteri berkongsi detik