Friday, December 05, 2025

Program ‘Lead to Well-Being’ Angkat Isu Kesejahteraan Wanita di Sabah

June 20, 2025
1 min read

Kota Kinabalu, 19 Jun 2025 – Isu kesejahteraan wanita kembali menjadi fokus utama apabila Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) menganjurkanP Program Inspirasi Wanita: Lead To Well-Being di Kota Kinabalu hari ini. Majlis ini telah disempurnakan oleh Ketua Setiausaha KPWKM, YBhg. Datuk Dr. Maziah Che Yusoff, yang hadir mewakili Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, YB Dato’ Seri Hajah Nancy Shukri.

Program ini diadakan selaras dengan pelancaran Dasar Wanita Negara (DWN) dan Pelan Tindakan Pembangunan Wanita (PTPW) 2025-2030, yang menekankan kepentingan kesejahteraan wanita sebagai teras kepada kepimpinan yang inklusif dan berkesan. Dalam teks ucapan Menteri yang dibacakan, ditekankan bahawa terdapat tiga keberhasilan utama dan sebelas strategi yang telah digariskan untuk memperkukuh kesejahteraan wanita dalam pelbagai aspek.

Mengangkat tema Lead to Well-Being, program ini mengajak wanita untuk memimpin diri mereka sendiri ke arah kesejahteraan yang lebih menyeluruh, merangkumi dimensi fizikal, mental, emosi, sosial dan rohani. Perkongsian pengalaman daripada tokoh-tokoh wanita dalam pelbagai bidang turut menjadi inspirasi untuk membina kekuatan dalaman dan keseimbangan hidup yang sihat.

Statistik dari Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi (NHMS) 2019 menunjukkan lebih 29% wanita dewasa di Malaysia mengalami simptom kemurungan atau keresahan, dan jumlah ini dijangka terus meningkat. Justeru, kesejahteraan tidak boleh dianggap sebagai isu sampingan, sebaliknya perlu menjadi asas kepada pembentukan kepimpinan wanita yang holistik, berdaya tahan dan berimpak tinggi.

Antara pengisian menarik sepanjang program termasuk:

● Ceramah “Let’s Talk: How Women To Be On Board?” oleh Institute of Corporate

Directors Malaysia (ICDM)

● Forum LeadHer Catch Up – Strong, Wise, Well

● Slot ArtHeals – Paint Your Peace

● Ucapan perasmian oleh Ketua Setiausaha KPWKM

Turut hadir dalam program ini ialah Ketua Pengarah Jabatan Pembangunan Wanita (JPW), YBrs Puan Hanani Sapit, serta pegawai-pegawai kanan daripada jabatan dan agensi di bawah KPWKM.

HANGAT MINGGU INI

Ahli Parlimen Kinabatangan Bung Moktar Kembali ke Rahmatullah

KOTA KINABALU – Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Seri Bung Moktar Radin, 66,

Kes Lemas Taman Prima Saujana: Adik Meninggal Dunia Di Hospital, Abang Masih Hilang – Polis

KAJANG – Seorang kanak-kanak lelaki yang dikhuatiri lemas selepas terjatuh dan dihanyutkan