Wednesday, December 10, 2025

Penutupan Selat Hormuz Jejas Ekonomi Dunia

June 21, 2025
1 min read

ATHENS, 21 Jun (Bernama) – Penutupan Selat Hormuz, yang dibimbangi bakal berlaku sekiranya ketegangan bersenjata antara Iran dan Israel terus memuncak akan memberi kesan besar kepada ekonomi global, menurut Menteri Perkapalan Greece, Vassilis Kikilias pada Jumaat.

Beliau menegaskan bahawa sebarang tindakan Iran untuk menutup laluan laut itu akan membawa implikasi ekonomi yang serius di peringkat antarabangsa, lapor Anadolu Ajansi.

“Jika Selat Hormuz ditutup ia merupakan senario paling buruk, kesannya bukan sahaja terhadap sektor perkapalan tetapi seluruh ekonomi dunia,” katanya dalam wawancara bersama stesen televisyen SKAI TV.

Kikilias menjelaskan bahawa hampir 90 peratus perdagangan global bergantung kepada laluan maritim, dan sebarang usaha mengalihkan kapal mengelilingi Afrika untuk ke destinasi utama di Eropah dan Amerika Syarikat akan mengganggu rantaian bekalan dunia secara ketara.

Menyifatkan landskap geopolitik semasa sebagai “sangat tidak menentu”, beliau turut memaklumkan bahawa harga minyak telah meningkat antara tujuh hingga 10 peratus dalam beberapa hari kebelakangan ini akibat ketegangan bersenjata antara Iran dan Israel.

Ketegangan tercetus pada Jumaat lalu selepas Israel melancarkan serangan udara ke atas beberapa lokasi di Iran, termasuk kemudahan tentera dan nuklear, yang kemudian dibalas oleh serangan peluru berpandu dari Tehran.

Sumber: BERNAMA

Jemput subscribe Youtube rasmi Malaysian Update DI SINI

Follow Malaysian Update di Tiktok untuk lebih video DI SINI

Dapatkan berita terkini dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI & WhatsApp DI SINI

HANGAT MINGGU INI

Tabungan Haji Masih Utuh Walaupun Berlumpur, Pasangan Ini Luah Rasa Syukur Selepas Banjir

ACEH – Tular di media sosial apabila sepasang suami isteri berkongsi detik

Aceh Dilanda Banjir Lumpur, Dakwaan Bantuan Pertama Datang Dari Malaysia Tular di Media Sosial

ACEH – Banjir besar yang melanda Aceh terus meninggalkan kesan yang menyentuh