Wednesday, December 10, 2025

IRGC Lancar Peluru Berpandu Khyber Serang Israel, Sasar Ben Gurion & Pusat Strategik

June 23, 2025
1 min read

TEHRAN, 23 Jun – Kor Pengawal Revolusi Islam Iran (IRGC) mengesahkan pelancaran peluru berpandu balistik generasi baharu jenis Khyber (Qadr H) dalam siri serangan ke-20 Operasi True Promise III ke atas wilayah Israel.

Menurut kenyataan rasmi IRGC yang dipetik agensi berita IRNA, peluru berpandu berjarak 1,450 kilometer itu dilancarkan bersama dron pintar dan peluru berpandu bahan api pepejal dan cecair, menyasarkan lokasi strategik termasuk Lapangan Terbang Ben Gurion, pusat penyelidikan biologi dan pusat kawalan tentera alternatif.

Peluru berpandu Khyber, juga dikenali sebagai Kheibar Shekan, dilaporkan sukar dikesan radar dan mampu mengubah trajektori ketika fasa akhir penerbangan berkat sistem panduan satelit dan reka bentuk aerodinamik tanpa aileron.

IRGC mendakwa pelancaran Khyber ini menggunakan taktik baharu yang meningkatkan ketepatan, impak kemusnahan dan keberkesanan, serta mampu dilancarkan dalam masa kurang 15 minit melalui platform mudah alih.

Dalam kenyataan sama, IRGC memberi amaran bahawa keupayaan sebenar tentera Iran belum ditonjolkan sepenuhnya dan menyatakan bahawa tindak balas akan datang bakal lebih dahsyat dan menyeluruh.

Sumber: Astro Awani

HANGAT MINGGU INI

Wanita Cuba ‘Cop Parking’, Terkejut Kereta Tetap Masuk Sendiri

CHINA – Dalam situasi harian yang penuh sesak, mencari satu petak parkir

Tabungan Haji Masih Utuh Walaupun Berlumpur, Pasangan Ini Luah Rasa Syukur Selepas Banjir

ACEH – Tular di media sosial apabila sepasang suami isteri berkongsi detik