Wednesday, December 10, 2025

Trump Umum Iran-Israel Setuju Gencatan Senjata Berperingkat Bermula Selasa

June 24, 2025
1 min read

WASHINGTON, 24 Jun – Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump mendakwa Iran dan Israel telah mencapai persetujuan untuk melaksanakan gencatan senjata secara berperingkat bermula Selasa, yang dijangka membawa kepada penamatan rasmi konflik dua hala.

Menurut kenyataan Trump di platform Truth Social malam tadi, kedua-dua pihak bersetuju menghentikan serangan dalam tempoh 24 jam, bermula jam 4.00 pagi GMT (12 tengah hari waktu Malaysia) hari ini.

“Iran akan menghentikan operasi secara unilateral terlebih dahulu, disusuli Israel selepas 12 jam. Pada jam ke-24, perang selama 12 hari ini akan berakhir,” kata Trump.

Setakat ini, tiada pengesahan rasmi dikeluarkan oleh Tehran atau Tel Aviv.

Pengumuman itu dibuat beberapa jam selepas Iran menyerang pangkalan tentera AS di Qatar, yang disifatkan Trump sebagai “tindak balas lemah” terhadap serangan udara Washington ke atas tapak nuklear Iran hujung minggu lalu.

Konflik terkini memuncak selepas Israel melancarkan serangan ketenteraan besar-besaran pada 13 Jun, yang mencetuskan gelombang serangan balas antara kedua-dua negara. – Malaysian Update

Sumber: AFP

HANGAT MINGGU INI

Tabungan Haji Masih Utuh Walaupun Berlumpur, Pasangan Ini Luah Rasa Syukur Selepas Banjir

ACEH – Tular di media sosial apabila sepasang suami isteri berkongsi detik

Aceh Dilanda Banjir Lumpur, Dakwaan Bantuan Pertama Datang Dari Malaysia Tular di Media Sosial

ACEH – Banjir besar yang melanda Aceh terus meninggalkan kesan yang menyentuh