Monday, December 08, 2025

Parlimen Iran Lulus Pelan Gantung Kerjasama Dengan IAEA

June 25, 2025
1 min read

TEHERAN, 25 Jun – Jawatankuasa Parlimen Iran telah meluluskan pelan umum bagi rang undang-undang yang bakal menggantung kerjasama negara itu dengan Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA).

Menurut Agensi Berita Mehr (MNA), langkah itu adalah reaksi terhadap tindakan IAEA susulan serangan oleh Amerika Syarikat dan Israel ke atas beberapa lokasi strategik di Iran.

Jurucakap Jawatankuasa Keselamatan Negara dan Dasar Luar Parlimen, Ebrahim Rezaei berkata, pelan tersebut disokong majoriti ahli jawatankuasa selepas sesi penilaian pada Isnin.

Jika diluluskan Parlimen, kerajaan Iran diwajibkan menggantung semua bentuk kerjasama dengan IAEA sehinggalah Teheran menerima jaminan konkrit mengenai integriti dan profesionalisme badan pemantau nuklear itu.

Antara tindakan yang bakal diambil termasuk larangan pemasangan kamera, kehadiran pemeriksa, pemeriksaan fizikal dan penyerahan laporan di semua kemudahan nuklear Iran – sehinggalah keselamatan fasiliti terjamin sepenuhnya.

Langkah itu menyusul selepas serangan udara oleh AS ke atas tiga tapak nuklear utama Iran di Natanz, Fordow dan Isfahan – tindakan yang disifatkan Teheran sebagai pelanggaran serius terhadap undang-undang antarabangsa dan Piagam PBB.

Terdahulu, Israel melancarkan serangan udara ke atas Iran pada 13 Jun.

Iran menegaskan haknya untuk mempertahankan kedaulatan dan keselamatan negara, manakala Pertubuhan Tenaga Atom Iran (AEOI) menolak sebarang kesan terhadap komitmen program nuklear aman mereka di bawah Perjanjian Pengawalan Senjata Nuklear (NPT).

Sumber: BERNAMA

HANGAT MINGGU INI

Yusuf Azmi Tewas TKO, Yunus Martin Raih Kemenangan Sulung di Malaysia

KUALA LUMPUR – Aksi kemuncak Warzone World Championship (WWC) di N9 Arena,

Dua Kanak-Kanak Hilang di Pasir Pandak Ditemui Selamat Pagi Ini

KUCHING, 7 Dis — Dua kanak-kanak perempuan berusia lima tahun yang dilaporkan