Tuesday, December 09, 2025

Cakra Khan Ketagih Mi Segera Kari Malaysia, Bawa Pulang Sampai Berkotak-Kotak

June 26, 2025
1 min read

Penyanyi Indonesia, Cakra Khan, jatuh cinta dengan keenakan mi segera perisa kari buatan Malaysia sehingga merancang untuk membeli beberapa kotak buat stok di Indonesia.

Ketika ditemui OhBulan!, Cakra memaklumkan bahawa mi segera perisa kari dan mi goreng mamak merupakan antara makanan kegemarannya di Malaysia.

“Saya akan bawa pulang berkotak-kotak sehingga pihak berkuasa di lapangan terbang sangka saya mahu jual semula tapi tidak, saya buat makan di rumah,” katanya berseloroh.

Menurut Cakra, dia memang gemar memasak mi segera dengan pelbagai bahan tambahan seperti telur dan sayur-sayuran. Malah, sejak kecil lagi, ibunya sering berpesan agar hidangan mi segera disediakan dengan cara lebih berkhasiat.

“Dari dahulu saya sudah pakar masak mi segera. Ibu selalu pesan supaya tambah sayuran dan telur yang banyak,” jelasnya sambil tersenyum.

“Biasanya saya akan hidangkan dalam mangkuk besar sebab ada banyak bahan campuran lain,” tambahnya.

Cakra berkongsi perkara itu ketika ditemui pada Sidang Media Cakra Khan Divine Concert yang berlangsung di Alila Bangsar, Rabu lalu.

Beliau turut berseloroh mengatakan pihak imigresen di lapangan terbang mungkin sudah ‘muak’ melihat wajahnya kerana terlalu kerap datang ke Malaysia semata-mata untuk membeli mi segera kegemarannya itu.

“Kadang-kadang kalau ke sini pihak berkuasa di lapangan terbang akan tanya ada acara apa di Malaysia. Tapi sebenarnya saya cuma nak tambah stok mi segera kari saya. Mungkin mereka pun dah bosan tengok muka saya.”

Perisa mi segera kari yang dijual di sini (Malaysia) mempunyai keunikan tersendiri.

HANGAT MINGGU INI

Aceh Dilanda Banjir Lumpur, Dakwaan Bantuan Pertama Datang Dari Malaysia Tular di Media Sosial

ACEH – Banjir besar yang melanda Aceh terus meninggalkan kesan yang menyentuh

Ahli Parlimen Padang Serai Didakwa Subahat Kes Rasuah RM400,000

SHAH ALAM – Ahli Parlimen Padang Serai Datuk Azman Nasrudin hari ini