Friday, December 05, 2025

Trump Samakan Serangan Iran Dengan Hiroshima, Nagasaki

June 26, 2025
1 min read

THE HAGUE, 25 Jun – Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, mengejutkan komuniti antarabangsa apabila menyamakan serangan Washington ke atas kemudahan nuklear Iran dengan pengeboman atom Hiroshima dan Nagasaki oleh AS dalam Perang Dunia Kedua.

“Jika anda lihat Hiroshima, jika anda lihat Nagasaki — itu menamatkan satu peperangan,” kata Trump di penghujung Sidang Kemuncak NATO di The Hague. “Ini juga menamatkan perang… dengan cara yang sangat memusnahkan.”

Trump mendakwa serangan AS menggunakan bom penebuk kubu telah “menghapuskan” fasiliti nuklear bawah tanah Iran di Fordo, walaupun laporan perisikan AS sendiri menyatakan serangan itu hanya melambatkan program nuklear Tehran selama beberapa bulan.

“Adakah ia teruk? Ya, sangat teruk. Tapi ia telah dihapuskan,” tambah Trump tanpa ragu.

Serangan kontroversi itu kemudiannya disusuli dengan pengumuman mengejut: Trump mendakwa berjaya memperoleh persetujuan gencatan senjata antara Iran dan Israel — sekali gus menghentikan konflik berdarah yang berlarutan selama 12 hari.

Sebagai perbandingan sejarah, AS menjatuhkan bom atom ke atas Hiroshima pada 6 Ogos 1945, mengorbankan sekitar 140,000 nyawa, diikuti serangan ke atas Nagasaki tiga hari kemudian yang meragut 74,000 lagi nyawa. Jepun akhirnya menyerah kalah pada 15 Ogos.

— AFP / Malaysian Update

HANGAT MINGGU INI

Ahli Parlimen Kinabatangan Bung Moktar Kembali ke Rahmatullah

KOTA KINABALU – Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Seri Bung Moktar Radin, 66,

Kes Lemas Taman Prima Saujana: Adik Meninggal Dunia Di Hospital, Abang Masih Hilang – Polis

KAJANG – Seorang kanak-kanak lelaki yang dikhuatiri lemas selepas terjatuh dan dihanyutkan