KUALA LUMPUR – Satu rakaman video tular di TikTok memaparkan penyanyi kelahiran Sarawak, dipercayai Saiful, menyanyikan semula lagu hit lamanya Ku Juga Mencintai Dirimu, sekali gus mencetuskan rasa rindu dan sayu dalam kalangan peminat.
Video berdurasi satu minit itu bukan sahaja mengimbau kenangan zaman kegemilangan Saiful sekitar era 2000-an, malah membangkitkan semula emosi peminat yang pernah mengikuti perjalanan seninya.
Walaupun penampilan terkini Saiful mencetuskan pelbagai reaksi, ramai yang tetap memuji kelunakan dan kekuatan vokalnya.
“Dulu hensem… semoga ada pengakhiran yang baik buatnya.”
“Arghhh teringat lagu Tak Kuduga duet dengan Misha Omar. Sedap suara jantan dia, sekarang mana pergi?” – antara komen netizen yang membanjiri ruangan video berkenaan.
Ada juga yang menitipkan doa agar Saiful terus kuat menempuh fasa kehidupannya kini.
“Ujian dia… Moga Allah beri hidayah dan pengakhiran yang baik… Amin,” kata seorang pengguna TikTok.
Setakat ini, video tersebut telah meraih lebih 300,000 tontonan, membuktikan suara unik dari Bumi Kenyalang itu masih meninggalkan impak dalam industri muzik tempatan.
Untuk rekod, Saiful pernah mencipta nama menerusi beberapa lagu solo dan duet yang mendapat tempat di hati peminat, dikenali dengan vokal tinggi dan gaya persembahan tersendiri.
@patricia_majestic #gawai ♬ original sound – Patricia Porsild
Bagaimanapun, Saiful belum mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi berhubung penularan video itu. – Malaysian Update
Sumber: Gempak
