Sunday, October 26, 2025

Pelajar Thailand Dihalang Duduki Peperiksaan Kerana Berpakaian Wanita

June 27, 2025
1 min read

BANGKOK – Seorang pelajar lelaki di Thailand mendakwa dirinya dihalang daripada menduduki peperiksaan kelayakan guru hanya kerana hadir dengan memakai pakaian seragam wanita, meskipun tiada larangan jelas berhubung pemakaian berdasarkan jantina asal.

Insiden tersebut berlaku pada 21 Jun lalu ketika Charleamchai Dechbamrung hadir ke pusat peperiksaan dengan pakaian rasmi – namun dalam versi pakaian wanita. Dalam perkongsiannya di Facebook, Charleamchai meluahkan kekecewaan selepas diarahkan keluar dewan, sekaligus menafikan peluangnya untuk mendapatkan lesen mengajar.

“Peraturan hanya sebut wajib berpakaian rasmi. Ia tak nyatakan mesti ikut jantina lahir. Masa dan peluang terbuang begitu saja,” tulisnya.

Charleamchai bagaimanapun tidak berputus asa, malah merancang untuk mencuba semula peperiksaan tersebut pada sesi November ini.

Kisahnya mendapat perhatian ramai, termasuk pihak pembangkang yang menjadikan insiden ini sebagai bukti kerajaan belum serius menangani isu inklusiviti gender di negara itu.

Sumber: AGENSI

HANGAT MINGGU INI

Doa Jiran ‘Menembusi Langit’, Kisah Safitri Diceraikan Dua Hari Sebelum Suami Dilantik PPPK Raih Simpati Ramai

ACEH – Kisah pilu seorang wanita dari Aceh, Indonesia kembali mengundang sebak

Pegawai Pemerintah Dipecat Gara-Gara Ceraikan Isteri, Shella Saukia Tampil Hulur Bantuan

ACEH – Nama Shella Saukia kembali jadi sebutan di media sosial selepas