Wednesday, December 10, 2025

AKPS akan tamatkan tugas pegawai terlibat penyeludupan – Ketua Pengarah

July 10, 2025
1 min read

SEPANG — Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS) akan menamatkan tugas mana-mana pegawai sekiranya didapati terlibat dalam aktiviti penyeludupan di pintu masuk negara.

Kenapa penting

Langkah tegas itu antara cadangan yang akan dilaksanakan AKPS bagi membendung kes penyeludupan daripada terus berlarutan.

Apa kata Ketua Pengarah

Ketua Pengarahnya, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata beliau tidak akan berkompromi dalam isu tersebut.

“Saya sudah cakap terus terang kepada semua barisan pegawai tadi, saya secara peribadi tidak akan berkompromi.
Saya juga dengan pihak pengurusan mungkin mencadangkan beberapa prosedur pengambilan dan penamatan kerja yang lebih serius sekiranya seseorang itu didapati terlibat dalam aktiviti-aktiviti penyeludupan,” katanya.

Tindakan segera

Shuhaily menegaskan AKPS akan menjalankan tugas berdasarkan Akta Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (Akta 860) yang menetapkan bidang kuasa di lokasi-lokasi yang diwartakan.

“Akta 860 itu dengan jelas memberitahu tempat tugasan kami, iaitu tempat-tempat yang telah diwartakan.
Dan pada masa ini, fokus saya hanyalah untuk memperkuatkan tempat-tempat yang diwartakan ini.
Kemudian baru kita kembangkan kepada ruang lingkup kerja risikan dan pencegahan yang memberi kuasa di luar daripada tempat-tempat yang diwartakan,” tegasnya.

Latar belakang

Dalam tempoh seminggu memimpin agensi itu, beliau telah menerima pelbagai aduan berkaitan aktiviti penyeludupan.

Tindakan selanjutnya

AKPS akan menyelaras semula tanggungjawab di 22 pintu masuk utama negara dengan memperkukuh SOP serta fasiliti jabatan teras sempadan.

“Saya tahu harapan rakyat, masyarakat itu tinggi, besar sebab hari kedua saya dah dapat aduan harapan meminta saya untuk melihat penyeludupan ikan, kambing, lembu, tanaman dan sebagainya.

Sekiranya itu berlaku di tempat masuk yang diwartakan, adalah menjadi tanggungjawab saya buat masa ini, itu keutamaan saya.

Sekiranya ia berlaku di luar daripada ruang yang diwartakan itu, sudah ada agensi-agensi yang sepatutnya dipertanggungjawabkan untuk menangani permasalahan tersebut,” katanya lagi. – The Malaysian Update

Sumber : Buletin Tv3

HANGAT MINGGU INI

Wanita Cuba ‘Cop Parking’, Terkejut Kereta Tetap Masuk Sendiri

CHINA – Dalam situasi harian yang penuh sesak, mencari satu petak parkir

Tabungan Haji Masih Utuh Walaupun Berlumpur, Pasangan Ini Luah Rasa Syukur Selepas Banjir

ACEH – Tular di media sosial apabila sepasang suami isteri berkongsi detik