Rakaman CCTV menunjukkan seorang pengawal keselamatan menyambut ‘pesakit’ tidak kelihatan di sebuah hospital di India sekitar jam 3 pagi. Video kejadian itu kembali tular di laman X.
Apa berlaku
- Video berlaku tahun lalu, namun kembali tular dengan lebih 140,000 tontonan.
- Pintu automatik terbuka sendiri, pengawal dilihat mengambil kerusi roda seolah-olah menyambut pesakit.
- Tiada bayang atau tubuh manusia kelihatan dalam rakaman tersebut.
Reaksi
“Saya yakin dia akan berhenti selepas melihat rakaman CCTV,” kata seorang pengguna X.
Kenapa Penting
Insiden ini cetus perdebatan sama ada ianya hanya gangguan teknikal, atau benar-benar pertemuan dengan entiti ghaib. – The Malaysian Update
Pengawal Sambut ‘Pesakit Hantu’ Jam 3 Pagi
Artikel Penuh https://t.co/N1TeVhSXZT | The Malaysian Update pic.twitter.com/UFExVHMH8M
— The Malaysian Update (@msianupdate) July 10, 2025
