Sunday, October 26, 2025

Rumah Aliff Syukri Diceroboh, Jadi Sarang Pelacuran Dan Dadah

July 10, 2025
1 min read

KUALA LUMPUR — Usahawan selebriti Datuk Seri Aliff Syukri mendakwa salah sebuah rumah miliknya diceroboh dan dijadikan lokasi aktiviti pelacuran serta penagihan dadah.

Apa yang berlaku

Dalam video dimuat naik ke Instagram, Aliff menyerbu rumah dipercayai terletak di Sungai Buloh dan menangkap seorang wanita warga asing yang disyaki menjual diri.

“Kenapa kamu datang rumah saya bawa lima lelaki? Pakai seksi macam ni. Dia jual diri ni. Jangan sampai aku lepuk muka kau,” katanya dalam nada marah kepada wanita tersebut.

Reaksi Aliff

Aliff, 38, berkata dia terkejut apabila hartanah miliknya disalah guna oleh individu tidak bertanggungjawab.

“Papa sungguh tak sangka rumah papa kena ceroboh oleh orang tak bertanggungjawab. Papa tak sihat dan badan papa seram sejuk nak demam.

Rumah papa dibuatnya sarang pelacuran dan sarang dadah. Masya-Allah, apa yang perlu papa buat? Papa buntu dan kecewa sangat. Patut ke papa lepaskan atau hubungi polis?”

Netizen gesa buat laporan

Rata-rata warganet di ruangan komen menasihati Aliff supaya membuat laporan polis agar tindakan undang-undang boleh diambil terhadap pihak terlibat. – The Malaysian Update

HANGAT MINGGU INI

Doa Jiran ‘Menembusi Langit’, Kisah Safitri Diceraikan Dua Hari Sebelum Suami Dilantik PPPK Raih Simpati Ramai

ACEH – Kisah pilu seorang wanita dari Aceh, Indonesia kembali mengundang sebak

Pegawai Pemerintah Dipecat Gara-Gara Ceraikan Isteri, Shella Saukia Tampil Hulur Bantuan

ACEH – Nama Shella Saukia kembali jadi sebutan di media sosial selepas