Pelawak yang pernah menjadi fenomena di pentas Raja Lawak, Amir atau nama sebenarnya Mohammad Amirullah Azmi meluahkan rasa pilu tatkala terpaksa melepaskan kereta miliknya demi kelangsungan hidup.
Apa yang berlaku
Amir menjual kereta jenis Proton Juara yang digunakan untuk berniaga kerana masih belum menerima bayaran tertunggak daripada sebuah stesen televisyen terkenal.
Zoom in
- Kereta itu digunakan menjelajah ke Johor dan Perak untuk jual air tepi jalan.
- Pernah bercadang jadikan kenderaan itu sebagai teman berkhemah.
- Jualan dilakukan kerana tekanan kewangan, bukan kerana kehendak, tapi keperluan.
Antara luahan Amir
“Sedih tu ada lah terasa sebab kereta ini walaupun sekejap dengan saya, tetapi banyak kenangan dan berjasa juga.”
Isu utama
Tunggakan bayaran berjumlah RM18,000 masih belum dilangsaikan.
Daripada jumlah sepatutnya RM23,000, hanya RM5,000 dibayar awal tahun lalu.
Amir sudah beberapa kali memberi ruang dan masa, namun bayaran penuh belum diterima.
Kenyataan Amir
“Kalau saya tak perlukan duit untuk beli apa-apa, tak ada lah saya minta pun sebenarnya.”
“Saya sudah beritahu mereka berserta bukti bergambar bagi meyakinkan mereka bahawa saya tidak menipu.”
Perkembangan terkini
Amir sudah bertemu wakil stesen TV bulan lalu dan bersetuju menerima bayaran secara ansuran.
“Selamat jalan Proton Juara ku,” ucapnya. – The Malaysian Update