KUALA TERENGGANU — Atlet angkat berat Sukan Malaysia (SUKMA) Terengganu, Siti Noralyaa Mat Marzuki, 25, meninggal dunia akibat penyakit kanser payudara semalam.
Kenapa penting: Allahyarham adalah pemenang pingat gangsa kategori 71kg pada SUKMA 2022 dan dianggap antara atlet wanita harapan negeri.
Perkara utama
- Noralyaa menghembuskan nafas terakhir kira-kira jam 7.40 malam di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), ditemani ahli keluarga.
- Difahamkan, beliau mula menderita sejak Januari tetapi merahsiakan penyakit demi tidak menyusahkan keluarga.Dirawat di HSNZ sejak Jun lalu selepas disahkan menghidap kanser payudara tahap empat.
- Jenazahnya dikebumikan jam 11 pagi tadi di Tanah Perkuburan Felda Kampung Belara.
Petikan keluarga
“Arwah menderita penyakit ini sejak Januari lepas tetapi dia merahsiakan penderitaannya kerana tidak mahu menyusahkan keluarga.” kata Mat Marzuki Mat Jusoh, bapa Allahyarham. – The Malaysian Update
Sumber : BERNAMA