PUTRAJAYA – Tun Dr Mahathir Mohamad terpaksa meninggalkan program Picnic & Potluck lebih awal pagi ini di Tasik Putrajaya selepas dilaporkan keletihan.
Konteks
Acara santai itu diadakan bersempena sambutan hari lahir beliau ke-100 , yang jatuh pada 10 Julai lalu dan ulang tahun ke-99 isterinya, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali yang jatuh pada 12 Julai.
Butiran
- Tun M tiba jam 7.45 pagi, memandu sendiri dan terus mengayuh basikal secara ‘tandem’ bersama pegawai keselamatan sejauh 8-9km, lapor Harian Metro.
- Selepas kayuhan, beliau dilihat keletihan dan duduk berehat sebentar sebelum menjamah sarapan.
- Beliau kemudian beredar sekitar jam 10 pagi bersama Siti Hasmah untuk berehat di rumah.
- Antara tetamu yang hadir ialah MB Terengganu Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar dan Tan Sri Mokhzani Mahathir.
- Lebih 500 orang hadir, membawa makanan untuk bersarapan secara santai di tepi tasik.
Apa kata keluarga
Mokhzani menjelaskan bapanya keletihan kerana menghadiri program sehari sebelumnya dan kurang tidur.
“Pagi ini pula beliau berkayuh agak jauh… Selepas bersarapan dan minum kopi, beliau kembali segar.”
Sorotan
Walaupun berusia hampir seabad, Dr Mahathir masih aktif, namun keletihan tetap lumrah bagi insan seusia beliau. – The Malaysian Update