Sunday, October 26, 2025

Tun Mahathir Berehat Di IJN Akibat Keletihan

July 13, 2025
1 min read

KUALA LUMPUR – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad kini berehat di Institut Jantung Negara (IJN) selepas dilaporkan keletihan pagi tadi.

Perkara itu disahkan oleh pembantu peribadi beliau, Sufi Yusoff kepada Astro Awani.

“Ya, betul Tun keletihan. Jadi beliau tinggalkan majlis awal dan kini sedang berehat. Keadaannya okay, cuma beliau diminta berehat dan kini berada di IJN,” katanya.

Latar belakang

  •  Tun Mahathir menghadiri program Picnic & Potluck sempena sambutan ulang tahun kelahirannya yang ke-100 pada 10 Julai lalu, dan ulang tahun ke-99 isterinya, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali.
  •  Beliau tiba di Tasik Putrajaya sekitar jam 7.45 pagi, memandu sendiri dan sempat berbasikal selama kira-kira 30 minit.
  •  Dalam video di TikTok, beliau kelihatan keletihan selepas berbasikal.

Keadaan terkini

Dr Mahathir dimasukkan ke IJN sekitar jam 10 pagi dan dijangka keluar pada petang ini. – The Malaysian Update

HANGAT MINGGU INI

Doa Jiran ‘Menembusi Langit’, Kisah Safitri Diceraikan Dua Hari Sebelum Suami Dilantik PPPK Raih Simpati Ramai

ACEH – Kisah pilu seorang wanita dari Aceh, Indonesia kembali mengundang sebak

Pegawai Pemerintah Dipecat Gara-Gara Ceraikan Isteri, Shella Saukia Tampil Hulur Bantuan

ACEH – Nama Shella Saukia kembali jadi sebutan di media sosial selepas